1 Jenis Makanan Berpek Yang Sihat Dimakan

Fakta membuktikan setiap makanan yang berpek adalah makanan yang diproses. Jadi kandungan makanan pastinya telah diubah dan ditambah. Biasanya makanan yang diproses mengandungi pewarna, perasa, msg, dan pelbagai bahan tambahan yang menjejaskan kualiti makanan tersebut. Ia juga terbukti tidak sihat bagi seseorang yang ingin menurunkan berat dan menjalani hidup yang sihat.

Namun, terdapat satu makanan yang juga berpek namun tidak dikategorikan sebagai makanan yang diproses.

Apakah itu?

Ia adalah ‘frozen fruits dan vege’. Biasanya jika kita perasan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibekukan dipek di pasaraya dan supermarket. Tapi timbul keraguan adakah makanan ini adalah makanan yang diproses atau bukan.
Sebenarnya sayuran beku seperti ini tidak dikategorikan sebagai process food namun ia setaraf dengan sayuran segar dan ada yang mengatakan ia lebih baik dari sayuran dan buahan segar.

Sayuran beku ini juga biasanya diambil dan dibasuh bersih seterusnya dibekukan sebelum nutrien di dalamnya sempat menghilang. Makanan ini biasanya menyimpan nutrien apabila dibekukan dan ada sesetengah keadaan ia menambah nutrien. Kajian memberikan beberapa kelebihan sayuran atau buahan sejuk beku ini iaitu:

1. Makanan sejuk frozen lebih kurang kehilangan vitamin C berbanding makanan segar.

2. Kacang pis beku lebih banyak vitamin C dan vitamin E berbanding kacang pis segar

Anda juga perlu mengetahui bahawa sayuran dan buahan yang disejuk beku ini tidak perlu risau akan layu dan kerosakan pada tekstur kerana ianya telah disejukbeku. Berbanding sayuran segar ia terdedah kepada berbagai keadaan yang membolehkan sayur itu layu, kehilangan nutrien dan mungkin kehilangan daun.

Jadi, fakta yang mengatakan bahawa frozen fruits atau vege merupakan makanan yang tidak sesuai diambil adalah salah kerana terbukti ianya tidak menghilangkan nutrien malah menambah nutrien berbanding segar.

Entri oleh : Fakhrul Islam

Komen Facebook