Anda mengalami kesusahan untuk membesarkan biceps? Otot biceps anda lama dah tak membesar walaupun dah bersenam lama? Ini adalah perkara normal yang akan berlaku bagi mereka yang dah biasa dengan latihan.

 

Badan kita berfungsi dengan cara adaptasi. Maksudnya, ia akan membesar atau mengecil mengikut stimulasi yang diberikan. Sampai satu masa, badan kita akan sangat terbiasa dengan stimulasi. Ini yang menyebabkan susah nak naik. Apa kata anda buat teknik 1 minit ini!

 

Chin-Up 1 Minit

Chin-up biasa hanya memerlukan 2-3 saat sahaja bagi menghabiskan 1 rep. Teknik ini pula berbeza. 1 rep chin-up dengan teknik ini akan mengambil masa 1 minit dan anda akan buat 1 rep sahaja per set. Dengan kata lain, naik 30 saat dan turun 30 saat.

 

Minta tolong kawan kirakan atau pasangkan timer untuk tahu masa anda. Kalau buat seorang diri,memang banyak mengelat nanti. Ingat, 30 saat naik dan 30 saat lagi turun menjadikannya 1 rep yang mengambil masa 1 minit.

 

Anda boleh buat teknik ini samada sebagai pemula untuk latihan biceps ataupun pengakhiran latihan anda. Apa-apa pun, teknik ini akan buat akan menjerit. Ulang lagi beberapa set, sampai anda puas hati.

 

Kenapa buat pull up dengan teknik ini? Sebab pull up adalah antara senaman kompaun terbaik untuk biceps. Lagipun, anda gunakan bebanan berat badan anda sendiri untuk otot yang kecil. Memang intensiti cantik!

 

Tetapi, kalau anda tak mampu lakukannya, tak ada masalah. Pull up memang susah, dan nak buat teknik ini kena kuat pull up biasa dahulu. Kalau tak boleh, anda gunakan teknik sama menggunakan barbell dan buat biceps curl. Teknik sama, 30 saat naik dan 30 saat turun.

 

Rjukan: https://www.t-nation.com/training/best-of-biceps

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)