Tak perlu susah-susah fikir nak buat senaman apa lagi nak bagi biceps anda besar! Apa kata anda cuba satu senaman ini yang akan buat biceps anda berapi.

Senaman isometric yang berintensiti tinggi adalah bagus untuk bina otot kerana ia akan mengaktifkan unit motor otot terbesar dan meningkatkan perhubungan antara saraf dan otak. Pendek kata, ia bagus untuk bina otot dan kekuatan.

Kalau anda perasan, ahli gimnastik memiliki biceps yang sangat mantap dek kerana latihan mereka yang mempunyai banyak gerakan isometrik berintensiti tinggi. Malah, ahli gimnastik juga rata-rata memiliki badan seperti peserta badan cantik/bina badan! Pasti apa yang mereka lakukan boleh kita adaptasikan.

Apa yang anda boleh cuba buat ialah senaman single-arm hang daripada pull up bar. Selalunya anda pull up guna kedua-dua tangan, sekarang anda masih pull up guna kedua-dua tangan, tapi tarik separuh sahaja. Kemudian, tangan sebelah melepaskan daripada palang dan memegang pergelangan tangan sebelah lagi, menjadikan anda berpaut hanya dengan sebelah tangan. Tahan untuk 10 saat dan kemudian turun, lakukan dengan tangan sebelah pula.

Entri: Aiman Radzi