Kalau nak ditanya, apakah tips senaman yang paling cepat untuk bagi otot padu dan besar, Admin kata amalkan 100 rep. Tak perlu fikir apa, angkat barbell walaupun kosong, dan paksa habiskan 100 rep walaupun form tak cantik.
Ramai yang mengalami masalah otot lambat naik, atau tak berasa pump di gym. Mereka dah tak tahu nak main senaman apa. Tapi, ramai juga yang buat sambil lewa tapi harapkan hasil besar. Orang lain main hardcore pun susah naik, lagi yang leha-leha.
Ada kalanya, masalah berpunca daripada anda sendiri, iaitu anda menggunakan bebanan terlalu berat. Otot yang anda nak latih tak berkerja sepenuhnya, dan mungkin sekali anda menggunakan momentum untuk mengangkat bebanan tersebut.
Meskipun begitu, anda boleh tanganinya dengan melakukan set 100 reps. Dan, kebarangkalian untuk anda guna momentum tetap tinggi (100 rep sangat banyak anda akan rasa penat kaw-kaw), tapi fokus pada penurunan beban. Maksudnya, kalau anda guna momentum untuk naikkan bebanan, turunkan dengan perlahan dan terkawal.
Misinya adalah untuk berlatih sampai anda boleh buat 100 rep dalam sekali jalan. Admin jamin anda kena banyak berhenti jika anda baru cuba 100 rep. Jadi, dari semasa ke semasa, cuba berlatih sehingga anda capai 100 rep.
Buat latihan 100 rep untuk apa-apa bahagian sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan anda akan nampak perubahan yang drastik. Tapi anda kena fokus, turunkan bebanan dengan terkawal dan sentiasa cabar diri untuk capai 100 rep sekali jalan.
Entri: Aiman Radzi