Kadang-kadang, Admin datang ke gym dengan semangat yang macam tak ada. Sekarang, Admin tak berapa suka workout yang lambat-lambat. Jadi, apa yang boleh dibuat untuk memudahkan workout dan menaikkan semula semangat training?
Admin berpegang pada satu, workout tidak perlu jadi rumit untuk berkesan. Kalau anda sampai tak ada idea nak workout macam mana, anda kena ubah mindset training anda menjadi lebih sempoi.
Admin kongsikan dengan anda teknik 100 rep yang boleh dikira sebagai kardio dan latihan bina badan dalam satu masa yang sama tanpa menggunakan banyak senaman. Satu hari, satu senaman sahaja!
1- Bench Press
Dibuat pada hari chest day, anda akan buat bench press menggunakan berat yang anda boleh buat 5 rep sahaja dan anda akan buat 20 set. Kalau anda tak boleh habiskan 5 rep pun tak apa, janji habis 100 rep.
2- Barbell Row
Buat senaman ini untuk hari back day dengan konsep yang sama seperti bench press. Lagi satu, seberapa berat anda guna semasa bench press, anda akan guna berat yang sama untuk barbell row.
3- Shoulder Press
Standing ataupun sitting, dua-dua boleh dilakukan dengan teknik 100 rep ini. Kalau anda berdiri, anda kena main ringan sedikit tetapi jika anda nak kekalkan berat yang tinggi, buat secara push press.
4- Lunges
Tak semua orang suka buat squat, jadi pengganti terapatnya adalah lunges. Kalau untuk yang ini, anda tak boleh lari daripada melakukan yang berat-berat. Habiskan 100 rep setiap kaki dan hati-hati nak turun tangga nanti.
5- Barbell Curl
Gunakan senaman barbell curl yang dilakukan dengan besi kosong dan dibuat secara 100 rep terus samada pada hari back day ataupun pada hari arm day.
6- Triceps Pushdown
Sama dengan barbell curl, tetapi anda akan gunakan mesin kabel. Guna dumbbell pun bagus juga (triceps extension). Konsepnya, cuba habiskan terus 100 rep tanpa berhenti.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)