Kalau anda tengah bulking dan merancang untuk menaikkan otot dengan kenaikan lemak minimum, apa kata anda masukkan 11 jenis makanan ini ke dalam rutin diet anda!

Image result for meat\

1- Daging

Daging adalah penting untuk pembinaan lean mass sebab kandungan proteinnya yang tinggi dan profil amino yang mantap. Ia juga mengandungi kolestrol, zink, dan vitamin B serta zat besi yang amat membantu dalam bina badan.

Related image

2- Akar Beet

Penggunaan beet root (atau akar beet) amat terkenal sebagai satu makanan yang menaikkan pump anda. Ia membekalkan anda dengan nitric oxide yang akan mengembangkan saluran darah dan buat otot anda lebih kembang!

3- Beras Perang

Berbeza dengan beras putih, beras perang memberikan anda tenaga berpanjangan! Guna beras perang yang digabungkan dengan beberapa karbohidrat lain untuk menjana tenaga sewaktu anda workout.

Image result for orange

4- Buah Oren

Buah ini kaya dengan vitamin C yang akan bantu meningkatkan tahap sistem imun badan, kekuatan, ketahanan, lagi-lagi apabila anda makan sebelum workout.

5- Buah Tembikai Susu

Buah yang sangat sedap ini adalah sejenis buah yang cepat dihadam. Makan pada awal pagi dan selepas workout bersama protein untuk meningkatkan serapan ke dalam otot.

Image result for cheese

6- Keju

Kaya dengan protein, ia adalah sejenis makanan yang sangat sesuai ditambah kepada makanan lain untuk meningkatkan selera makan anda. Cuba makan keju bersama roti sebelum tidur untuk serapan protein berpanjangan.

Image result for eggs

7- Telur

Telur diakui sumber protein terbaik sekali dan ia adalah makanan asas untuk membina badan. Bukan kerana kandungan proteinnya, tetapi kolestrol baik yang akan membantu merangsang rembesan hormon testosteron.

8- Susu

Susu mengandungi whey dan casein yang kaya dengan asid amino dikenali sebagai glutamine. Asid ini penting untuk proses pemulihan otot dan kandungan lemak baiknya akan bantu anda untuk merasa puas dengan makanan anda.

Image result for quinoa

9- Quinoa

Karbohidrat lambat-hadam ini amat baik dijadikan sebagai salah satu senjata anda untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Ia juga dikenali dengan kebolehannya meningkatkan hormon-hormon penting untuk bina badan.

10- Bayam

Siapa pernah tengok cerita Popeye akan tahu yang bayam memang membantu anda untuk jadi lebih kuat. Ia bukan rekaan kartun semata-mata, tetapi memang betul!

11- Buah Epal

Polyphenol yang ada dalam buah epal membantu untuk menjadikan anda lebih bertenaga, lebih kuat, dan membakar lebih banyak lemak daripada biasa.

Supplement juga akan membantu anda membina badan dengan baik. Admin cadangkan anda cuba guna USN Hyperbolic Mass gH.