12 Minit Setiap Senaman Dengan Teknik Latihan Ini!

Set Sadiv adalah jenis latihan yang mudah untuk diaplikasikan dalam membina otot dan tahap kekuatan. Disamping mudah difahami, ia juga sangat berkesan! Set Sadiv akan menggabungkan latihan berintensiti tinggi dengan isipadu tinggi, maksudnya anda akan buat yang berat-berat untuk banyak rep.

 

Mudah sahaja, semuda 12 minit untuk satu jenis senaman.

 

Ada dua cara untuk menggunakan set Sadiv ini, iaitu dengan menggunakan bebanan 65% daripada 1RM anda, ataupun guna 85% daripada 1RM anda. Biasanya, yang masih kurang pengalaman atau belum cukup kuat mula dengan 65%. Kalau anda tak tahu apa itu 1RM dan mahu Admin terangkan, nyatakan dalam ruangan komen!

 

Menggunakan bebanan tersebut, anda akan buat 1 rep sahaja setiap set, dan anda akan cuba buat seberapa banyak set yang anda boleh buat dalam 12 minit. Rehat antara set adalah bawah 60 saat. Gol anda adalah untuk tambahkan set yang anda mampu buat dalam sesi-sesi latihan yang berikutnya.

 

Syarat lain set Sadiv adalah, setiap rep anda buat perlulah dilakukan dengan kelajuan yang paling cepat. Maksud Admin, satu rep tersebut kenalah berikan 100% fokus dan power. Tak boleh buat sambil lewa untuk satu rep. Target anda untuk sesi pertama set Sadiv adalah mendapatkan 12 rep. Kemudian, usaha sampai anda boleh buat lebih lagi dalam sesi latihan berikutnya.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook