Mungkin anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi masih mahu menikmati makanan yang lazat. Kita semua pun begitu, bukan? Namun, jangan mengabaikan bekalan nutrisi tubuh semata-mata untuk berat badan. Daripada bersusah payah mencari produk makanan diet yang “sugar-free” atau “rendah lemak”, lebih baik nikmati sumber semulajadi yang berkhasiat. Yang berikut adalah 17 pilihan superfood yang bukan sahaja sumber nutrisi yang baik, rendah kalori pula tu. Kebanyakannya juga sangat versatile dan boleh dimasak atau diminum dengan pelbagai cara. Menjalani diet rendah kalori tidak akan membosankan lagi dengan pilihan menu yang lazat.

 

Sayur kale

Manfaat kesihatan: Kaya dengan vitamin dan mineral, termasuklah vitamin C dan kalsium.

Selain itu, sayur kale juga merupakan sumber antioksidan yang baik. Boleh ditumis, direbus, dijadikan salad atau diminum sebagai jus sayuran. Dimakan sebagai ulam pun boleh. 1 cawan kale mentah mengandungi 33 kalori sahaja.

 

Lobak merah

Manfaat kesihatan: Kaya dengan vitamin A dan C. Ia juga mengandungi sejumlah vitamin B, potassium dan mangan (manganese).

Lobak merah sangat versatile kerana boleh dimasak dan diminum dengan apa cara sekali pun. Anda juga boleh menjadikannya snek sihat untuk menggantikan junk food. 1 cawan lobak yang telah dihiris mengandungi kira-kira 50 kalori.

 

Brokoli

Manfaat kesihatan: Kalsium, magnesium, zat besi, potassium serta vitamin C dan A.

Brokoli juga mengandungi antioksidan dan berfiber tinggi. 1 cawan brokoli yang dicincang mengandungi kira-kira 31 kalori.

 

Kubis bunga

Manfaat kesihatan: Diperkaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

Kubis bunga ni bersaudara dengan brokoli dan sayur kale. Tidak hairanlah sayur ini tidak kurang hebatnya sebagai pembekal nutrisi dan mineral, walaupun tidak berdaun hijau. 1 cawan kubis bunga yang dicincang hanya mengandungi kira-kira 25 kalori.

 

Bayam

Manfaat kesihatan: Kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin A, C dan K.

1 cawan bayam mentah hanya mengandungi 7 kalori dan 1 cawan yang telah dimasak pula mengandungi kira-kira 41 kalori.

 

Kacang hijau

Manfaat kesihatan: Tinggi vitamin C dan A. Juga mengandungi sejumlah vitamin B, fiber dan mineral.

1 cawan kacang hijau mengandungi 44 kalori.

 

Dada ayam

Manfaat kesihatan: Dada ayam tanpa lemak dan kulit adalah sumber protein, niacin, selenium dan vitamin B-12 yang sangat baik.

3 auns dada ayam mentah mempunyai lebih kurang 100 kalori. Pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat bagi memastikan hidangan ayam anda tidak berlebihan kalori. Saiz hidangan juga penting. Satu hidangan dada ayam yang ideal bersamaan dengan saiz 1 telapak tangan atau kad daun terup.

 

Limau gedang

Manfaat kesihatan: Dipenuhi dengan potassium, fiber, vitamin C dan A.

Limau gedang boleh dijadikan jus atau dimakan sebagai snek sihat. Separuh limau gedang mengandungi lebih kurang 52 kalori.

 

Cendawan

Manfaat kesihatan: Sumber vitamin B, fiber dan mineral.

1 cawan cendawan putih yang mentah  hanya berjumlah 15 kalori.

 

Udang

Manfaat kesihatan: Kaya dengan protein, niacin, selenium dan vitamin B-12. 4 udang besar yang telah dimasak mengandungi kira-kira 26 kalori.

 

Tomato

Manfaat kesihatan: Kaya dengan fiber, vitamin A, B, C dan sejumlah mineral. 1 biji tomato mengandungi kira-kira 35 kalori. 5 biji tomato ceri mengandungi 20 kalori.

 

Zucchini

Manfaat kesihatan: Mengandungi fiber, vitamin dan mineral.

1 cawan zucchini yang telah dipotong-potong mengandungi sejumlah 20 kalori.

 

Daun saderi

Manfaat kesihatan: Sumber fiber, kalsium, potassium dan vitamin C.

Daun saderi boleh dijadikan snek sihat yang dimakan mentah dengan saduran mentega kacang di atasnya. Satu batang daun saderi mempunyai kira-kira 10 kalori, manakala 1 cawan saderi yang telah dicincang pula mengandungi 16 kalori sahaja.

 

Strawberi

Manfaat kesihatan: Diperkaya dengan vitamin C, fiber dan potassium.

Boleh dimakan mentah, ditambah ke dalam sandwich, yogurt atau oatmeal. 1 cawan strawberi yang telah dihiris mengandungi kira-kira 53 kalori.

 

Kekapis

Manfaat kesihatan: Berprotein tinggi serta kaya dengan mineral dan vitamin B-12.

2 kekapis bersaiz besar berjumlah 26 kalori.

 

Bluberi

Manfaat kesihatan: Mengandungi fiber, antioksidan, vitamin dan mineral.

Sangat lazat dijadikan snek, pemanis mulut atau dicampurkan ke dalam smoothies. Satu cawan bluberi segar mengandungi kira-kira 84 kalori.

 

Tembikai

Manfaat kesihatan: Kaya dengan vitamin A dan C serta potassium.

Buah tembikai juga merupakan antara sumber hidrasi yang terbaik dan sangat sesuai dimakan ketika cuaca panas.

 

Entri: Tini Lorna Lim