2 Cara Yang Tidak Disangka Untuk Mendapatkan Badan Ideal

 

Biasanya untuk dapatkan badan yang ideal atau nak menurunkan berat badan kita akan memikirkan senaman di gym, diet yang clean, dan pelbagai lagi namun ada 2 perkara ini melibatkan aktiviti seharian kita yang jika kita mampu lakukannya secara tidak sedar ia membantu dalam proses membentuk badan yang ideal.

Mari saya kongsikan 2 perkara ini. Baca dan amalkan.

1. Jangan masukkan karbohidrat pada setiap hidangan anda

Karbohidrat sangat penting sebagai bekalan tenaga kepada badan anda. Namun ia tidak bermaksud untuk anda perlu mengambilnya pada setiap hidangan.

Mengambil carbs pada setiap hidangan akan membuatkan badan anda mengumpul gula sementara lemak di dalam badan tidak akan terbakar. Ini kerana penggunaan gula dalam badan melebihi penggunaan lemak dalam badan. Kita perlu mengimbangi kedua ini. Kerana itulah jika melebihi pengambilan carbs, lemak dalam badan tidak akan terbakar menjadikan badan anda agak sukar untuk menurunkan berat yang ideal.

Jadi bila masa sesuai ambil carbs?

Paling ideal adalah semasa ingin menjalani workout. Iaitu 60 minit atau 30 minit sebelum. Ini kerana pada masa workout, carbs ini akan digunakan bagi menambahkan tenaga semasa workout dan membakar kalori dalam badan.

Anda juga perlu bataskan dalam sehari pengambilan carbs. Cuba untuk minimumkan supaya tiada masalah lemak yang berlebihan tersimpan.

2. Berjalan selepas makan.

Anda pernah dengar orang berkata jika selepas makan kita berbaring, anda akan gemuk. Ya sebenarnya ia berkait dengan perkara yang akan dibincangkan.

Sebenarnya berjalan sebentar selepas makan sangat membantu bagi tujuan penghadaman. Kajian menunjukkan jika anda berjalan selama 15 minit selepas makan ia sangat membantu meningkatkan metabolisma serta memudahkan penghadaman.

Perkara ini amat penting jika anda mahukan badan yang ideal kerana penghadaman yang baik mampu menyerap semua nutrien dari makanan yang anda makan. Masalah yang berlaku apabila makanan tidak dihadam dengan baik maka anda terlepas segala nutrien penting dalam makanan anda. Maka ia menjadi najis yang dibuang begitu sahaja.

Jadi ambillah masa beberapa minit selepas makan untuk berjalan walaupun hakikatnya berbaring selepas makan adalah selesa bagi anda.

Entri oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook