2 Senaman Chest Mudah Tapi Padu

Bench press ialah asas kepada chest day. Kalau anda tak buat bench press, Admin tak tahu apa jenis senaman anda buat untuk chest.

Dip juga dikira senaman utama dan perlu diamalkan. Kemudian, kita ada fly untuk isolasikan pergerakan otot chest. Semua ini penting dalam pembinaan otot tersebut. Dalam masa yang sama, Admin nak kongsikan 2 senaman lain yang sangat membantu untuk “memenuhkan” chest anda.

Close Grip Dumbbell Bench Press

Rapatkan dumbbell sesama dumbbell dan bench press seperti biasa. Dalam masa itu, pastikan anda menekan dumbbell tersebut supaya sentiasa berlaga. Variasi ini akan beri anda rasa pam yang lain daripada senaman chest lain. Tambahan pula, kalau anda ada masalah chest tidak tebal, inilah ubatnya!

Dumbbell Pullover + Fly

Senaman hybrid ini menggabungkan dua jenis pergerakan iaitu pullover dan fly dengan menggunakan 2 pasang dumbbell. Lakukan pullover dahulu dengan dumbbell, kemudian lakukan fly. Itu adalah 1 rep. Maksudnya, anda buat pullover 1 rep terus fly 1 rep. Lakukan sebanyak 8-15 rep. Variasi ini mungkin sekali tidak membenarkan anda untuk guna yang berat, tetapi cukup untuk pam dada anda. Lagi cantik anda buat senaman ini selepqs close grip dumbbell bench press.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook