Superset adalah teknik yang mantap untuk meningkatkan pump dan juga menaikkan metabolisme atau intensiti latihan dalam masa yang singkat. Kalau anda terkejar-kejar dengan masa di gym, maka anda tidak perlu risau kalau anda selalu amalkan teknik superset!
Ada pelbagai cara untuk melakukan superset, dan otai-otai semua mengajar dengan cara yang berlainan. Selagi mana ia menggabungkan 2 senaman yang dilakukan tanpa rehat antara senaman tersebut, bolehlah dipanggil sebagai superset. Cuma, kalau anda fokus kepada 2 teknik superset ini, maka itu adalah lebih baik.
1- Isolation
Superset boleh digunakan bagi mensasarkan bahagian otot yang sama tetapi dari darjah yang berbeza. Maksud Admin, sebagai contoh kita ambillah otot biceps. Tahukah anda, otot biceps terbahagi kepada 2 pula iaitu long head dan short head? Maka, antara teknik superset terbaik adalah melakukan 2 senaman berbeza yang mensasarkan bahagian otot lain-lain dalam kumpulan otot yang sama. Untuk otot biceps dan bahagian yang kita sebutkan tadi, senaman yang sesuai adalah seperti standing barbell curl dan incline dumbbell curl.
2- Antagonist
Bagi teknik antagonist pula, anda akan melakukan superset dengan cara menggabungkan kumpulan otot yang berlawanan. Sebagai contoh, chest digabungkan dengan back, biceps digabungkan dengan triceps, quadriceps bersama hamstring, dan abs bersama lowerback. Arnold pernah kata cara ini akan meregangkan lagi otot anda dan menjadi mereka lebih besar! Anda boleh guna senaman kompaun atau senaman isolation untuk teknik ini.
Admin tak kongsikan senaman-senaman bagi setiap bahagian sebab ia terlalu banyak, Lagipun, Admin tahu pembaca semua sudah tahu apa senaman yang sesuai dilakukan untuk bahagian-bahagian otot itu. Jadi, gunakan sahaja teknik ini dengan senaman yang anda tahu.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)