Semua orang mahukan hasil yang cepat. Mereka nak jadi cepat sado, cepat kurus, cepat shredded, semuanya pasti nak cepat.

Tetapi, hasil yang cepat sangat sebenarnya tidak bagus sebab hasil yang anda dapat itu tidak semestinya berkualiti. Buat apa dapat yang cepat kalau ia sebenarnya tidak mendatangkan sesuatu yang berbaloi?

Sebagai contoh, kalau anda naik ceoat sangat, sebenarnya anda menaikkan jisim lemak. Kalau anda jadi kurus cepat sangat, anda pula sedang menipiskan otot. Apa guna lagi kalau jadi besar tapi gemuk atau kurus tapi keding?

Oleh itu, sasaran terbaik untuk anda guna bagi menaikkan otot atau membakar lemak ialah sekadar 2Kg sahaja dalam sebulan. Ia adalah purata terbaik untuk memastikan anda dapat naikkan otot dengan minimum lemak atau bakar maksimum lemak dengan minimum penguraian otot.

Guna whey untuk dapatkan protein berkualiti tinggi. Whey mempunyai nilai kalori yang rendah, jadi ia mengelakkan diri daripada terlebih naik berat badan. Mass pun boleh digunakan jika anda kesibukan masa untuk mendapatkan kalori yang mencukupi.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)