Biceps adalah antara otot yang paling menonjol sekali. Macam mana anda nak latih kesemua bahagian otot biceps anda? Tahukah yang biceps anda terpecah kepada dua bahagian, iaitu long head dan short head.
Dengan mengubah kelebaran genggaman dalam senaman biceps yang paling utama iaitu biceps curl menggunakan barbell, anda dapat memberi fokus pada bahagian biceps yang berbeza-beza!
Grip 1
Grip yang lebar ini akan memberi tekanan pada bahagian short head, iaitu bahagian dalam. Mereka yang hendak menebalkan otot biceps, haruslah fokus pada bahagian ini.
Grip 2
Grip ini memberi tekanan sama rata pada kesemua bahagian biceps. Ini adalah variasi yang seimbang.
Grip 3
Apabila anda grip barbell lebih rapat, anda akan fokus pada bahagian long head, iaitu bahagian luar dan atas. Ini adalah bahagian yang menjadikan biceps anda kelihatan menggunung tinggi. Kalau anda rasa biceps anda kurang membulat dan bentuk, berikan fokus pada latihan bahagian long head.