Hasil yang baik apabila anda rajin bersenam bersungguh-sungguh. Namun kunci kepada mendapatkan training yang sungguh-sungguh, anda kena sentiasa bermotivasi. Jika anda dalam keadaan down atau malas anda boleh terjebak dengan berbagai kegagalan. Boleh jadi anda akan berhenti gym dan amalkan pemakanan tidak sihat. Oleh sebab itu, untuk sentiasa bermotivasi itu adalah penting bagi setiap individu.
Artikel ini akan mengajar anda mendapatkan kembali motivasi anda yang hilang. Ikuti 3 langkah ini:
1. Buat sesuatu yang berlawanan.
Jika anda sudah di gym selama sebulan, lakukan sesuatu latihan yang berlawanan pada bulan kedua.
*Jika anda lakukan dengan reps yang sedikit- gantikan pula dengan reps yang banyak.
* Jika anda mengangkat dengan laju, lakukan pula dengan tempo yang perlahan.
* Jika anda gunakan bebanan yang berat, gantikan dengan berat yang ringan dengan memfokuskan pada pergerakan otot.
* Jika sebelum ini tempoh rehat anda lama, kurangkan masa rehat anda.
*Jika sebelum ini anda buat dengan set yang banyak, lakukan dengan set yang sedikit tetapi tambahkan latihan anda.
2. Banyakkan membaca dan video
Tips ini memang memberi kesan kepada semua. Bila anda membuka youtube, rajinkan mencari video-video senaman atau idola-idola anda. Cara ini akan membangkitkan motivasi anda untuk memulakan latihan dengan lebih gigih. Selain itu, anda boleh baca artikel-artikel berkaitan senaman dan fitness supaya anda rasa ingin tahu dan terus ingin tahu.
3. Kurangkan masa workout anda
Mungkin tanggapan anda workout di gym perlukan satu jam atau dua jam untuk mendapatkan hasil. Itulah punca anda kurang motivasi kerana anda perlu menghabiskan masa yang lama di gym. Sebenarnya mengurangkan masa latihan di gym dengan kualiti latihan yang baik adalah mencukupi. Tetapkan 20-30 minit masa workout jika anda berasa malas, tetapi tingkatkan kualiti senaman. Anda boleh rujuk artikel-artikel sebelum ini atau di youtube tentang latihan 20 minit.
Entri Oleh: Fakhrul Islam
#deegymsupplement
@deegymsupplement