Membina otot bukanlah perkara susah, anda kena jaga makan dan jaga latihan sahaja. Itu adalah perkara asas yang mesti semua orang ikut. Walaupun begitu, dalam 3 perkara ini, masih ada lagi benda-benda yand anda kena tekankan! Mari kita lihat 3 benda yang paling penting ada kena tahu untuk bina otot.

 

1- Senaman Anda Buat Kena Semakin Berat

Untuk membina otot, badan anda kena sentiasa dapatkan stimulasi baru. Kalau tidak ada rangsangan, maka badan anda tidak akan membesar kerana ia tidak mendapatkan satu cabaran baru untuk tumbesaran. Apa yang anda kena cuba buat ialah menambah bebanan yang anda gunakan dari semasa ke semasa.

 

Admin tak maksudkan anda kena tambah berat setiap hari, malah bukannya setiap set. Mungkin anda tambah berat anda guna setiap minggu, mungkin setiap bulan. Yang penting, makin lama makin berat! Kalau setiap hari anda tambah berat, sekejap sahaja anda akan capai plateau.

 

2- Senaman Anda Buat Kena Tempo Perlahan

Untuk yang ini, agak berlawanan dengan yang pertama. Sebab apa? Main berat sangat susah untuk buat tempo perlahan. Jadi, kalau anda nak buat tempo perlahan, anda kena pakai ringan sedikit. Jadi, macam mana nak main semakin berat?

 

Fahamkan, anda kena main semakin berat, bukan kena main berat. Mulakan dengan latihan ringan dahulu, buat secara perlahan dan sikit-sikit tambah bebanan anda guna. Sebab itu Admin cakap bukannya kena tambah bebanan setiap hari. Programkan latihan anda secantiknya.

 

3- Rehat Secukupnya

Yang paling penting sekali adalah mendapatkan rehat secukupnya. Kalau anda pergi gym hari-hari sampai tahap anda lesu dan semakin lemah, itu adalah petanda utama anda perlukan rehat. Tahukah anda, otot anda membesar bukan semasa anda bersenam di gym, tetapi semasa anda berehat di rumah!

 

Dalam masa rehat juga, anda kena dapatkan nutrisi yang mencukupi terutamanya protein. Makan makanan tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur, dan lain-lain. Gunakan juga supplement berkualiti tinggi seperti Iso Pro Zero untuk mencukupkan keperluan protein harian anda.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)