Latihan bebanan di gym sangat bagus untuk membakar lemak dan menguatkan otot-otot, tulang, serta sendi. Latihan bebanan akan memaksa badan anda untuk menggunakan lemak sebagai tenaga dan ini akan mencairkan lemk dengan cepat!
Lemak yang terkumpul sangatlah bahaya kerana ia boleh mendorong kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, kencing manis, masalah kolestrol, serangan angin ahmar, masalah jantung, dan macam-macam lagi. Untuk mengatasi masalah ini, anda kena ubah gaya hidup menjadi aktif.
Jadi, macam mana anda nak mempercepatkan pembakaran lemak dengan latihan-latihan di gym? Mudah sahaja, gunakan tiga cara ini untuk mendapatkan kesan tersebut!
1- Pendekkan Tempoh Rehat Antara Set
Ini adalah cara yang paling mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Memdekkan masa rehat turut bermaksud anda tidak boleh main dengan bebanan yang begitu berat. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk berlatih menjadi kuat dengan bebanan berat. Ada tekniknya, anda kena tunggu admin masukkan entri lain pula!
2- Melatih Lebih Daripada 2 Otot Dalam Satu Masa
Anda boleh amalkan latihan kompaun, ataupun amalkan set-set yang mencabar ketahanan badan seperti superset berlainan bahagian badan, ataupun lakukan giant set di mana anda menggabungkan macam-macam senaman dalam satu litar senaman.
3- Lajukan Angkatan Beban
Melakukan sesuatu dengan laju memerlukan penjanaan kuasa yang tinggi, dan ini mendorong kepada penggunaan tenaga yang banyak. Jantung anda akan bergerak laju, dan metabolisme badan anda terpaksa meningkat lantas mencairkan lemak-lemak yang anda tidak suka itu!