3 Cara Untuk Rangsangan Hypertrophy Otot

Membina otot sudah menjadi trend sekarang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita boleh lihat juga ramai artis Malaysia yang sudah menjadikan gaya hidup “badan cantik” sebagai salah satu “niche” mereka. Mungkin bagus juga sebab mereka mempromosikan gaya hidup aktif!

Jadi, macam mana anda nak bina dan besarkan otot sebenarnya? Mudah sahaja, iaitu melalui tiga benda ini dan ketiga-tiganya membina otot. Maka, jangan katakan latihan orang lain yang berbeza dengan anda adalah salah.

1- Angkat Berat

Cara pertama dan yang paling mudah untuk bina otot adalah dengan melatih supaya anda boleh angkat berat dan semakin berat daripada semasa ke semasa. Sebabnya, ramai ingat bina badan tak perlu angkat berat-berat. Sedangkan, ia juga merupakan salah satu cara untuk membesarkan otot dengan jayanya.

2- Tegangan Otot

Waktu anda angkat bebanan di gym, anda mengenakan tekanan yang tinggi pada otot. Dan, ini memberikan rangsangan hypertrophy terhadap otot-otot anda. Itu yang kita mahukan. Pernah rasa biceps anda pump sampai susah nak lurus tangan masa di gym? Itulah tekanan yang kita cari-cari untuk membina otot.

3- Isipadu Latihan

Menariknya tentang bina badan ialah, anda boleh lakukan apa sahaja selagi mana ia mencabar diri anda, kemungkinan untuk anda membina otot itu adalah benar. Jadi, satu lagi cara efektif untuk membina otot adalah menambah isipadu latihan dengan meningkatkan jumlah rep dan set yang dilakukan dalam latihan anda.

Biasanya, anda boleh pilih dua sahaja dalam satu-satu masa untuk menjadikan program latihan anda berkesan. Yang membuatkan seseorang itu overtraining ialah apabila dia mencuba untuk menggabungkan ketiga-tiga cara ini dalam sesi latihannya. Jadi, pilih daripada ini:

  1. Main berat bersama isipadu tinggi (rep rendah tapi banyak set).
  2. Main berat tapi fokus pada teknik (isipadu rendah).
  3. Main sederhana (5×5 adalah contoh mudah).
  4. Main ringan dan isipadu tinggi (kurangkan durasi rehat antara set).
Komen Facebook