Kaedah sekatan kalori banyak membantu dalam proses menurunkan berat badan serta pengurusan diet, walaupun terdapat risiko yang tersendiri. disebabkan itulah kita harus memahami kaedah ini bagi mendapatkan manfaat yang sepenuhnya.
- Apa sahaja jenis diet bolehlah dikategorikan sebagai sekatan kalori dan ianya boleh dilakukan dengan cara yang sihat dan selamat. Namun, kita juga kena berhati-hati kerana kaedah ini mempunyai risiko yang tersendiri. lainlah sekiranya individu tersebut telah mendapat nasihat daripada doktor ataupun pakar nutrisi. Tanpa bimbingan ataupun nasihat yang baik, individu yang berdiet dengan cara ini boleh menanggung risiko lain seperti risiko kesihatan dan juga mental. Masalah aneroxia adalah salah satu daripadanya.
- Sekatan kalori tidak boleh diteruskan untuk jangka masa panjang, lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak, boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan tubuh selama berminggu-minggu, berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun. Secara umumnya, pelan sekatan kalori yang sederhana adalah lebih baik untuk jangka masa yang panjang bagi mengekalkan berat badan ideal.
- Apabila anda melakukan sekatan kalori, gaya pemakanan sangat penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan jasmani. Bayangkan seseorang yang sedang berdiet, dengan pengambilan kalori harian sebanyak 900 kalori sahaja tetapi makanan yang diambil pula semuanya terdiri daripada ‘junk food’. Memang betul, mungkin berat lebih cepat turun dengan cara ini tetapi yang seksanya diri sendiri. Kurang bertenaga, letih lesu, rasanya bersenam pun tak larat. Oleh itu, pastikan anda masih mendapat nutrisi yang mencukupi semasa melakukan sekatan kalori.
Entri: Tini Lorna Lim