Push-up boleh dikatakan sebagai senaman paling asas dalam kategori senaman body weight. Biasanya kalau orang tak pergi ke gym mereka akan melakukan push up di rumah.

Ada tiga jenis push up yang anda tidak patut tinggal untuk membina otot chest yang mantap.

Diamond Push-Up

Dengan merapatkan tangan dan membuat bentuk diamond, anda aka fokuskan lebih pada bahagian triceps dan chest untuk bahagian sternal head (dalam). Variasi ini akan menebalkan chest anda.

Pike Push-Up

Tinggikan punggung anda untuk jadikan push-up anda sebagai variasi yang memfokuskan bahagian bahu dan chest pada clavicular head (atas). Lakukan ini untuk menampakkan bahu dan dada anda lebih bidang.

Clap Push-Up

Untuk melengkapkan perkembangan chest anda, tak cukup kalau ia besar sahaja tetapi tak kuat. Clap push-up melakukan dua-dua, iaitu bina kekuatan dan otot. Pastikan jangan sampai badan terhempas ke lantai sahaja.

Semua variasi push-up ini tidak memerlukan sebarang peralatan. Anda boleh lakukannya di mana-mana sahaja.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)