Kalau anda nak masuk fasa bulking, apakah supplement yang patut anda ambil? Jom, Admin share sikit beberapa pilihan supplement yang bagus bagi mereka yang sedang mencuba untuk membina otot dan menambah berat badan!

 

Protein

Ini adalah benda yang sangat penting dalam bina badan, iaitu protein. Semestinya, protein tidak bermaksud supplement sahaja, makanan pun penting! Tetapi, dalam hal ini, supplement protein sangat berguna untuk bina badan waktu bulking. Whey atau mass, kedua-duanya boleh pakai untuk bulking. Admin cadangkan anda mencuba Superior Mass ataupun Whey Core!

 

BCAA

Selepas protein, BCAA jatuh ke tangga yang kedua. Kenapa BCAA penting? Ia adalah komponen yang memainkan peranan terbesar dalam memperbaiki sel-sel otot selepas workout. Kalau anda tak cukup BCAA, semestinya proses bina badan anda menjadi lambat. BCAA turut terdapat dalam tepung protein. Cadangan Admin, cuba Superior 14 Essential BCAA.

 

Creatine

Waktu bulking adalah waktu di mana anda cuba untuk membina kekuatan. Bolehkah anda lakukannya tanpa creatine? Sudah semestinya boleh! Creatine memudahkan lagi anda untuk jadi lebih kuat kerana tenaga anda bertambah dengan penggunaan supplement tersebut. Murah pun murah! Admin menggalakkan anda untuk ambil Creatine Monohydrate daripada Superior 14.

 

BONUS: Stanabol X/Testo Tribulus

Kalau anda nak cuba satu lagi supplement extra, Admin mencadangkan anda guna booster hormon testosteron semula jadi yang diperbuat daripada bahan semula jadi juga seperti tongkat ali, bunga tribulus terrestris, dan lain-lain. Anda akan rasa otot anda semakin keras dan semangat anda berkobar-kobar!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)