Penat exercise tiap hari, diet itu-ini, tapi perut macam tak kempis-kempis? Ramai mengalami masalah yang sama. Kerana apa? Mereka melakukan kesalahan yang sama sahaka.
Ada beberapa perkara remeh yang mungkin anda terlepas pandang. Cuba tengok beberapa masalah yang mungkin jadi masalah anda juga.
1. Kurang Berdiri Bagi Pekerja Pejabat
Ini berkaitan masalah posture badan sebenarnya, sebab bila kita asyik duduk tak buat stretching, otot-otot keliling perut dan pinggul akan berhadapan dengan masalah.
Satunya, beberapa otot akan menjadi ketat, dan akan menyebabkan anda “tonggek”, memberi ilusi anda mempunyai perut boroi. Perbanyakkan regangan dan jangan hanya duduk sahaja waktu berkerja!
Dah pergi gym tiap hari pun belum boleh kurus, kenapa eh? Cuba tengok apa anda buat dekat gym, tiap hari main tangan, dada, dan mesin perut je ke?
Anda kena berlatih ikut program yang betul. Kena tambah dan kuatkan otot supaya metabolisme badan anda meningkat! Barulah lemak boleh terbakar cepat.
3. Buat Banyak Sangat Kardio
Kalau anda diet sampai kurangkan makan sangat-sangat, atau berlapar, anda tak membakar lemak sebenarnya. Tambah lagi dengan jumlah latihan kardio yang banyak sebab nak kurus cepat, apa yang berlaku ialah anda membakar otot!
Bayangkan, lemak di perut masih tersimpan, yang mengecil ialah otot-otot di sekeliling, otot sixpack, otot bahu, otot dada, otot tangan, otot kaki. Sebab tu masih nampak boroi!