Di bulan Ramadhan, masa pengambilan supplement adalah terhad. Anda tak boleh nak sumbat macam-macam supplement lagi seperti masa bukan puasa. Kalau di luar bulan Ramadhan, sekejap tunggang mass, kejap tunggang BCAA.
Kita kena lebih strategik dalam penggunaan supplement kita sekarang untuk memaksimumkan kesan kepada tubuh badan anda di samping memastikan poket kita tidak rabak hasil daripada penggunaan supplemenet secara semberono sahaja.
Ada beberapa jenis supplement yang sesuai untuk kita ambil di bulan puasa, saya kongsikan sedikit di bawah:
1- L-Carnicut 2400
Untuk bantu anda menjadi lebih lean dan bertenaga sepanjang puasa, saya cadangkan anda guna carnitine daripada sebarang jenama, atau lebih baik terus gunakan L-Carnicut 2400 daripada jenama USN kerana ia diyakini paling berkualiti. Guna pada masa perut kosong, iaitu sebelum makan sahur, dan semasa nak makan berbuka.
2- Amino
Anda takkan rugi kalau kerap ambil asid amino, tak kira yang amino sahaja atau BCAA . Kalau nak yang sedap, gunakan BCAA + EAA Complete Amino daripada USN, 1 skop sebelum habis bersahur. Anda akan rasa bertenaga pagi itu!
3- Protein
Ramai cadangkan anda ambil casein, boleh tak ada masalah. Nak guna whey sahaja pun boleh, yang penting adalah anda dapat jumlah protein yang mencukupi setiap hari. Paling rendah anda digalakkan ambil ialah 1kg berat badan = 1g protein. Cadangan saya? BlueLabâ„¢ 100% Whey daripada USN (sedap tak terkata).
Penulis: Aiman Radzi