3 Sebab Anda Patut Cutting

Aiman Radzi - 3 Sebab Anda Patut Cutting

Sudah berbulan-bulan malah boleh masuk bertahun-tahun anda dalam fasa bulking. Badan pun sudah naik dengan banyak dari segi saiz. Harap-harap banyak yang naik itu bukanlah lemak tetapi berat otot! Apa-apa pun, siapa yang dah lalui fasa bulking patut lalui juga fasa cutting. Jangan beri alasan seperti ingin bina saiz lagi (kalau anda sudah gemuk) sedangkan anda malas untuk diet!

 

Cutting Untuk Serlahkan Otot

Pertama sekali, anda perlu cutting untuk memperjelaskan otot anda. Mungkin anda bersaiz besar, tetapi jika otot tersebut diselaputi lemak, macam mana ia hendak dilihat? Disebabkan ini juga, ramai yang kelihatan sebu, walhal sebenarnya jika mereka cut, sudah pasti mereka boleh memiliki bentuk badan yang mantap! Dalam hati mereka apabila melihat cermin, mereka nampak saiz badan yang besar tetapi tiada definisi otot. Jadi, mereka fikir kena besarkan lagi saiz badan. Sedangkan, apa yang mereka perlu buat sebenarnya adalah cutting!

 

Cutting Untuk Tingkatkan Sensitiviti Insulin

Apabila badan anda menyimpan banyak lemak, berkemungkinan juga sesitiviti insulin pada sel-sel anda berkurangan. Maksudnya, mereka kurang mengagihkan glukosa ke dalam sel dengan berkesan. Banyak daripada glukosa tersebut masuk ke sel lemak (menjadikan anda lebih gemuk). Sensitiviti insulin sangat penting untuk orang yang aktif bagi memberikan mereka tenaga dan kebolehan untuk memulihkan otot badan dengan baik.

 

Cutting Untuk Seimbangkan Hormon

Menjadi terlalu gemuk akibat bulking terlalu lama menjadikan profil hormon badan anda berkecelaru. Sebut tentang hormon, ia juga berkaitan dengan kesihatan dan prestasi fungsi badan anda. Mereka yang menyimpan banyak lemak turut bermaksud mereka mempunyai banyak hormon kortisol (hormon stress). Ini akan mengganggu proses bina badan. Sebab itu, kalau nak bina otot, tak boleh badan tinggi lemak sangat. Kalau anda sedar diri dah makin berisi gemuk lemak, mula-mulalah untuk cutting dan kurangkan lemak badan.

Komen Facebook