Penat exercise tiap hari, diet itu-ini, tapi perut macam tak kempis-kempis? Cuba tengok beberapa masalah yang mungkin jadi masalah anda juga.
Padahal dah ikut kata sifu A, sifu B, sifu C semua dah ikut tapi tak jadi jadi gak…Xpew kali admin share sebab apa anda masih boroi
1. Kurang Berdiri Bagi Pekerja Pejabat
Ini berkaitan masalah posture badan sebenarnya, sebab bila kita asyik duduk tak buat stretching, otot-otot keliling perut dan pinggul akan berhadapan dengan masalah.
Satunya, beberapa otot akan menjadi ketat, dan akan menyebabkan anda “tonggek”, memberi ilusi anda mempunyai perut boroi. Perbanyakkan regangan dan jangan hanya duduk sahaja waktu berkerja!
Anda kena berlatih ikut program yang betul. Kena tambah dan kuatkan otot supaya metabolisme badan anda meningkat! Barulah lemak boleh terbakar cepat.
3. Buat Banyak Sangat Kardio
Kalau anda diet sampai kurangkan makan sangat-sangat, atau berlapar, anda tak membakar lemak sebenarnya. Tambah lagi dengan jumlah latihan kardio yang banyak sebab nak kurus cepat, apa yang berlaku ialah anda membakar otot!
Bayangkan, lemak di perut masih tersimpan, yang mengecil ialah otot-otot di sekeliling, otot sixpack, otot bahu, otot dada, otot tangan, otot kaki. Sebab tu masih nampak boroi!