Nama belly fat pun sudah menakutkan. Ramai membenci lebihan lemak di perut ini. Dengan sebab itu pelbagai cara yang dilakukan bagi menghilangkan ‘ketumbuhan’ ini. Bayangkan jika anda mempunyai bentuk badan yang menarik, lengan yang besar, dada yang jitu, namun tiba di perut, lemak yang terkeluar merosakkan bentuk tubuh anda. Pasti sangat memalukan.
Sesetengah individu telah mencuba pelbagai cara seperti latihan cardio 2 kali sehari, memakan sayur, meninggalkan nasi, mengurut setiap pagi, zumba yoga, namun masih tidak memberi kesan.
Oleh itu, artikel kali ini memberitahu anda bahawa ada 3 sebab mengapa belly fat anda tidak hilang.
1. Banyak mengambil makanan yang diproses.
Anda mungkin tertipu dengan makanan yang dibungkus di pasaraya walaupun ianya makanan yang sihat. Anda kena faham bahawa setiap makanan yang diproses yang dipek dan dibungkus pastinya diubah dan ditambah dengan beberapa bahan proses yang boleh meningkatkan keradangan dalam badan. Oleh sebab itu, pengambilan makanan yang diproses yang terlalu kerap boleh menghalang kebolehan utnuk menghilangkan belly fat anda.
Apa alternatif lain?
Apa yang perlu anda lakukan adalah melebihkan makanan yang semulajadi.
Ambillah sayuran segar berbanding sayur di dalam tin, atau ambillah ayam , daging yang segar berbanding yang diproses di dalam tin. Itu lebih selamat dan lebih berkhasiat.
2. Senaman yang salah.
Anda berpikir bahawa latihan cardio seperti berlari di atas mesin treadmill selama 2 jam mencukupi untuk membakar kalori dan lemak anda.
Namun anda kena tahu bahawa perlu juga bagi kita untuk melakukan senaman berat atau “strength training”. Hal ini kerana otot membakar lebih banyak kalori.
Latihan berat membina lebih banyak berat otot yang mampu membakar lebih banyak kalori anda. Jadi anda perlu menggabungkan latihan berat dan latihan kardio untuk mendapatkan hasil yang maksimum
3. Tidur yang terlalu singkat.
Kajian menunjukkan orang yang tidur dengan singkat berpotensi menaikkan berat badan mereka. Oleh kerana itu, tidur yang cukup selama 6-7 jam sehari mampu menurunkan berat badan anda dengan ideal. Institut Kebangsaan Negara telah mencadangkan bagi orang dewasa supaya tidur 7-8 jam pada waktu malam.
Entri Oleh: Fakhrul Islam