Bersenam dalam gym juga ada asasnya. 3 senaman ini tak patut ditinggalkan kerana rata-rata gym memiliki peralatan yang cukup untuk melaksanakannya. Mari kita lihat!
1- Squat
Squat paling baik dilakukan secara freeweight di squat rack, tetapi banyak gym kecil tiada squat rack. Kalau tuan empunya gym tambah barang pun, squat rack tak ditambah-tambahnya! Cuma, gym-gym begini sukakan smith machine. Anda masih boleh squat menggunakan mesin tersebut.
2- Overhead Press
Sama seperti squat, ia juga biasa dilakukan di squat rack atau power rack. Overhead press paling sesuai dilakukan secara berdiri, tetapi jika tiada rack, anda boleh buat secara duduk. Kalau nak buat secara berdiri juga, jadilah hardcore dengan melakukan clean untuk setiap set press.
3- Deadlift
Senaman paling mudah tanpa sebarang peralatan istimewa. Anda hanya perlukan barbell sebatang dan beberapa kepingan plate. Letak, dan angkat!
Anda boleh lakukan 3 senaman ini sahaja untuk senaman full body. Kalau nak main berat, buat sikit rep tapi banyak set. Kalau nak fokus bina badan, guna sederhana berat dan fokus pergerakan setiap rep.