Tak semua orang mampu pergi ke gym, jadi Admin nak kongsikan beberapa senaman yang anda boleh amalkan di luar gym, ataupun outdoor workout. Anda cuma perlukan bar sahaja, jadi senaman ini sesuai dilakukan di taman.

 

Gunakan Stanabol-X untuk memberikan anda tenaga bagi melakukan workout ini. Selain itu, ia akan bantu otot anda untuk menjadi lebih padat dan mantap!

 

1. Pull Up

Senaman pull up akan memfokuskan pada bahagian latissimus dorsi, iaitu kepak anda. Pegang secara lebar dan pastikan anda menggenggam secara thumbless grip, ataupun selarikan semua jari termasuk ibu jari. Apabila menarik badan anda, tarik sehingga dagu anda melepasi palang. Lakukan untuk 5 rep dahulu, dan berlatih untuk lakukan lebih.

 

2. Chin Up

Hampir sama dengan pull up, tetapi cara genggaman akan berbeza. Ia lebih rapat dan anda pusingkan tapak tangan supaya menghadap anda. Cara menggenggam juga perlulah dilakukan dengan genggaman penuh. Tarik sama sampai melepasi palang dan lakukan 5 rep dahulu.

 

3. Inverted Row

Untuk yang ini, anda perlukan satu palang yang rendah. Pegang seperti anda hendak pull up (cara genggaman). Biarkan badan anda ditarik graviti tapi jangan biarkan punggung anda menggelongsor ke bawah. Pastikan badan anda lurus. Yang ini akan target otot rhomboid dan trapezius. Lakukan sekurang-kurangnya 10 rep.

 

Mula-mula buat semua sikit-sikit, 1 set 5-10 rep. Apabila anda dah makin kuat, tambahkan jumlah rep sedikit demi sedikit. Kalau anda dah boleh habiskan 10 rep x 10 set tanpa masalah, tambah pula dengan bebanan seperti menggalas beg berisi buku.

 

Jika anda inginkan lagi banyak informasi menarik berkaitan senaman bina badan, layari https://deegymsupplement.com supaya anda tidak ketinggalan lagi!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)