Bukan semua orang mampu pergi ke gym. Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh bersenam untuk membina otot! Jom kita lihat tiga senaman yang anda boleh lakukan di rumah:
1- Decline Push Up
Cari satu platform untuk anda letakkan kaki dan lakukan push up. Pastikan badan anda sentiasa lurus.
Push up melatih bahagian dada, bahu, dan triceps. Ia adalah senaman yang sangat versatile.
2- Resistance Band Deadlift
Untuk yang ini, anda memerlukan resistance band. Jika anda tidak mempunyai alat tersebut, anda boleh angkat sahaja barang-barang di rumah seperti kotak yang berisi barangan rumah.
Yang penting sekali ialah menjaga teknik seperti di dalam gambar di atas. Deadlift melatih otot belakang, bahu, kaki, pinggang, pinggul, perut dan macam-macam lagi.
3- Lunges
Ini adalah antara senaman yang sangat-sangat bagus untuk mencergaskan diri. Tekniknya yang mudah tetapi kesannya yang berimpak tinggi sangat bagus untuk diamalkan.
Sama sahaja dengan senaman yang lain, pastikan teknik anda betul untuk menjaga keselamatan diri. Senaman lanjut menguatkan otot pinggul, pinggang, dan kaki.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)