Bila sebut otot trapezius, ramai hanya fikir satu senaman sahaja, iaitu shrug. Sebenarnya, shrug adalah satu pergerakan yang menggunakan sebahagian sahaja daripada otot trapezius anda. Kalau anda nak bina secara keseluruhan supaya nampak lebih ganas, anda kena buat 3 senaman ini!

Cleans

Ini adalah ubat paling ajaib dalam membina otot dan kekuatan trap. Cleans ialah senaman untuk peminat besi tegar. Kalau anda tak pernah buat cleans, saat anda dah pandai buat nanti, inilah senaman yang menjadi kegemaran anda. Tak perlu buat banyak rep, gunakan yang berat untuk 1-3 rep sudah memadai untuk 3-5 set.

Farmer’s Walk

Susah betul nak nampak orang buat farmer’s walk di gym. Walaupun mereka tiada farmer’s frame, kita boleh gunakan dumbbell atau trap bar untuk buat loaded carries. Janji, anda angkat satu bebanan berat dan bawa berjalan dalam gym. Guna kettlebell pun boleh! Yang ini pun sama, janji bebanan berat.

High Pull

Senaman ini digeruni oleh orang ramai sebab nampak seperti susah dan berbahaya. Walhal, ia lebih selamat jika dilakukan dengan betul berbanding senaman upright row yang boleh menyebabkan kecederaan bahu (shoulder impingement). High pull ialah senaman berat yang menggunakan momentum badan. Jadi, anda kena belajar dahulu tekniknya sebelum mengamalkannya. Cuba YouTube senaman-senaman ini.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)