Bagi menampakkan bahu yang lebih lebar, anda kena fokus kepada tiga bahagian iaitu:
1- Lateral head deltoid
2- Lateral head triceps
3- Latissimus dorsi
3 otot ini memberi ilusi yang bahu anda lebar. Jadi, bagaimana anda boleh memfokuskan senaman untuk ketiga-tiga otot ini? Kita pecahkan kepada senaman kompaun dan isolasi.
Senaman Kompaun
Untuk melebarkan bahu, anda perlu lakukan dua senaman ini.
Senaman pertama dipanggil wide grip upright row menggunakan EZ bar. Jika tidak, anda boleh gunakan dumbbell. Buka lebih luas untuk mengurangkan pengaktifan trapezius dan melebihkan bahagian bahu.
Senaman kedua ialah pull up yang dipegang secara lebar. Ini memberi lebih tekanan pada bahagian latissimus dorsi dan teres major serta minor. Menebalkan bahagian ini menjadikan back anda nampak lebih lebar.
Senaman Isolasi
Beralih kepada senaman isolasi, senaman isolasi untuk bahu ialah lateral raise menggunakan dumbbell ataupun mesin kabel. Tak perlu berat-berat, fokus pada kontraksi otot.
Bagi bahagian triceps, lakukan senaman kickback dengan dumbbell ringan. Tolak menghala ke luar untuk fokus pada lateral head.
Yang terakhir, senaman isolasi latissimus dorsi ialah dumbbell pull over. Gunakan dumbbell atau mesin kabel untuk memudahkan pergerakan.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)