Seni membina badan adalah suatu seni yang unik di mana ia melibatkan penjagaan badan, makan, latihan dan rehat anda. Namun, seni ini juga menghadapi risiko untuk mendapat kecederaan dan kesakitan khususnya semasa latihan. Kita tahu dalam bina badan, terdapat pelbagai jenis latihan dari leher sampai ke kaki dengaan pelbagai variasi dan cara. Namun tidak semua sesuai dan selamat dilakukan. Pernah atau tidak anda mengalami sakit yang tidak normal ssemasa melakukan latihan yang membuatkan anda terfikir “Adakah aku salah main?”. Ya, untuk itu saya akan kongsikan senarai senaman yang dinasihatkan untuk dijauhkan agar selamat daripada kecederaan.
1.Shoulder press behind head
Sebenarnya senaman ini tidak memberi apa-apa kesan melainkan kesan yang sama jika anda melakukan dari depan. Tambahan lagi, ia akan menyebabkan kedududukan bahu kita dalam keadaan yang terjejas dan tidak stabil di samping memberikan peluang kepada leher anda untuk cedera. Jadi, jika anda ingin lakukan senaman bahu yang selamat lakukan Front shoulder press kerana lebih selamat dan stabil.
2. Hip abduction machines
Senaman yang memfokuskan bahagian bawah badan ini ternyata dilihat memberi impak yang buruk di mana ia terdedah kepada kecederaan lower back yang serius. Hal ini kerana, amat tidak sesuai anda menggunakan berat pada kedudukan duduk itu. Untuk alternatif lain, sama ada anda menggunakan pada berat yang paling ringan atau anda lakukan pada kedudukan berdiri.
3. Lats pulldown behind the head
Senaman lats pulldown menjadi senaman kegemaran semua, namun anda harus berhati-hati jika anda melakukannya pada belakang kepala anda. Ini kerana, tinggi risiko untuk anda mengalami kecederaan pada pusingan bahu anda. Dan perkara yang saya pasti anda tidak akan suka adalah bahagian leher anda pasti akan berasa sakit selepas melakukannya. Bandingkan sahaja lats pulldown di bahagian depan dan belakang, mana yang lebih anda mampu angkat bebanan yang berat? pastinya bahagian depan. Oleh sebab itu, untuk keselamatan lakukan lats pulldown di bahagian depan.
Entri Oleh: Fakhrul Islam
#deegymsupplement