Anda tahu maksud DOMS? Delayed onaet muscle soreness adalah nama panjang bagi DOMS dan bagi penggemar gym, DOMS ibarat makanan tengahari. Sakit-sakit yang anda rasa dua-tiga hari lepas workout, itulah yang dimaksudkan dengan DOMS.
Otot yang lenguh selepas latihan boleh jadi kesukaan ataupun keresahan orang ramai. Ada yang suka apabila otot biceps dan triceps mereka lenguh-leguh selepas berlatih di gym. Tetapi, tiba masa leg day (squat) dan habis latihan, jalan mula merangkak-rangkak turun tangga (macam hantu Ju-On)!
DOMS hanyalah sebagai maksud otot anda telah berkerja keras dan kini mengumpul asid laktat di kawasan yang sakit. Bukanlah wajib sakit untuk menandakan latihan anda buat berkesan. Tak sakit pun tak apa, tapi kalau sakit memang sah menjadi.
Apa kata Admin share dengan pembaca semua tiga jenis supplement yang boleh membantu anda untuk mempercepatkan pemulihan otot yang lenguh hasil daripada workout yang hardcore.
BCAA
BCAA terdiri daripada Leucine, Isoleucine, dan Valine. Semua ini sudah terdapat dalam protein whey, tetapi apabila anda menambah pengambilan supplement BCAA yang memberi fokus kepada tiga jenis protein tadi, maka anda meningkatkan kebolehan badan anda untuk memperbaiki sel-sel otot yang rosak daripada senaman. Lagi penting, BCAA sangat bagus untuk mengelakkan penguraian otot semasa cutting.
Gunakan BCAA + GLUTAMINE atau BCAA ESSENTIAL daripada Superior14 dan Tesla Sports Nutrition sebagai pilihan BCAA anda. 2 scoop sehari semasa workout sudah memadai.
Omega-3
Mana nak dapat omega-3? Senang, pergi ke farmasi dan beli supplement yang kita panggil minyak ikan. Supplement ini bagus untuk menjaga sendi dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Kandungan EPA dan DHA memberikan kesan anti-keradangan dalam badan kita. Keradangan adalah proses yang berlaku pada otot-otot kita sejurus habis latihan dan ini yang membuatkan ia rasa sakit-sakit. Dengan mengambil omega-3, ia dapat mengurangkan kesan sakit tersebut dengan mengurangkan keradangan.
Jangan ingan supplement ini untuk budak-budak kecil sahaja! Kita yang main gym lagilah perlukan minyak ikan untuk menjaga kesihatan dalam dan juga sendi-sendi kita.
L-Carnitine
Biasanya, orang ambil L-Carnitine untuk membakar lemak, tetapi bagaimanakah pula ia boleh membantu untuk recovery otot? Pengambilan bahan ini akan melancarkan lagi peredaran darah dengan mengurangkan pengumpulan ammonia lantas mengoptimumkan proses pemulihan otot selepas workout. Apabila anda berasa kurang sakit otot, maka anda boleh berlatih dengan lebih kerap dan ini akan merangsang hypertrophy otot dengan baik!
Kalau anda perlukan apa-apa supplement, barisan supplement yang disediakan oleh Dee Gym Supplement adalah daripada jenama barisan supplement berkualiti terbaik sekali di Malaysia! Hubungi sahaja Admin jika anda perlukan sebarang bantuan.