3 Tip Deadlift Untuk Back Lebih Tebal

Deadlift adalah raja kepada senaman. Anda kena belajar untuk lakukan deadlift dengan betul. Kalau tidak, anda telah hilang banyak peluang untuk membina otot yang kuat dan tebal!

 

Admin nak share dengan pembaca beberapa tips untuk kuatkan deadlift melalui senaman-senaman lain. Gunakan 3 tip ini untuk deadlift yang lebih baik!

 

1- Leg Press

Lakukan leg press dengan posisi kaki seperti anda hendak deadlift. Pergerakannya nanti hampir sama, jadi leg press yang berat akan bantu untuk kuatkan lift off anda. Cuma, pastikan anda turun sampai peha kena perut.

 

2- Hack Squat

Deadlift yang kuat turun memerlukan kekuatan kaki yang mantap. Hack squat akan kuatkan quadriceps anda dengan baik. Anda boleh buat secara deep ataupun half, tapi Admin syorkan anda buat deep, 10 set x 10 rep. Selepas beberapa minggu, squat dan deadlift anda akan naik!

 

3- Leg Curl

Mungkin nampak macam tiada kaitan, tetapi leg curl akan kuatkan hamstring supaya ada dapat kekalkan form yang cantik sepanjag rep. Otot betis anda juga digunakan dalam deadlift untuk stabilisasi, dan leg curl turut menguatkannya.

 

BONUS:

4- Barbell Row

Admin bagi satu lagi ekstra tip. Anda kena buat banyak barbell row yang berat. Buat 3-5 rep pun tidak mengapa tapi banyak set. Satunya, ia akan kuatkan grip anda, kemudian bahagian belakang yang memang diperlukan dalam deadlift. Pastikan badan anda hampir selari dengan lantai apabila buat barbell row.

 

Deadlift mensasarkan hampir seluruh otot dalam badan. Sebab itu, keesokan harinya boleh rasa sakit-sakit habis satu badan selepas deadlift! Yang sado-sado deadlift berat, anda nak sado takkan tak mahu deadlift?

 

Jika anda inginkan lebih banyak informasi bina badan, layari Dee Gym Supplement untuk beribu tips-tips terbaik dalam dunia kecergasan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook