Setiap orang ada kerja masing-masing. Ada yang kerja pagi pulang malam, ada yang kerja malam pulang pagi. Kalau tak bekerja pejabat, mungkin dia berniaga di rumah. Mungkin juga dia perlu menjaga anak-anak. Pucuk pangkal dia, ramai yang berasa letih dan resume untuk pergi ke gym.
Selalu rasa lesu sahaja apabila tiba waktu berlatih? Baru main beberapa game dah terasa seperti hendak balik rumah? Itu maknanya anda perlukan tip-tip ini untuk kembalikan tenaga anda dan terus bertenaga untuk menghabiskan workout pada hari itu!
1- Makan Sebelum Workout
Jangan workout dengan perut kosong terlalu lama, tetapi jangan pula workout betul-betul lepas makan makanan yang berat-berat. Kalau perut kosong, badan anda tiada punca tenaga untuk berkeja. Kalau perut terlalu penuh, badan akan berikan tenaga untuk menghadam makanan, bukan untuk workout. Masa yang bagus untuk makan adalah antara 1-2 jam sebelum anda workout.
Pilihan makanan sebenarnya penting sebab ia adalah makanan tenaga anda. Yang pasti, jangan makan makanan segera terlalu kerap. Bahan-bahan kimia yang ada di dalam makanan segera ini menyebabkan barat anda menjadi lebih lesu.
Sebelum workout, makan makanan tinggi karbohidrat tetapi rendah indeks glisemik seperti oats. Nasi juga boleh dimakan sebelum pergi ke gym tetapi bukanlah betul-betul sebelum.
2- Minum BCAA Semasa Workout
Selalunya, orang ambil protein shake waktu workout. Kalau anda minum protein dan terasa letih, anda bukan keseorangan sebab ramai berasa benda yang sama. Protein agak berat diambil ketika workout sebab strukturnya (susu) yang boleh buat ramai muak ketika workout. Pengganti terbaik dan dijamin berkesan adalah mengambil BCAA sebelum serta semasa workout. Anda boleh minum protein selepas workout habis nanti.
Ambil 1 skop BCAA sebelum workout dan 1 skop semasa workout. Kalau anda nak lebih bertenaga, gunakan juga preworkout. Ada yang mencampurkan sekali BCAA dan preworkout untuk menjimatkan masa.
3- Kurangkan Rest Antara Set
Bunyi pelik, tapi benar. Kalau anda rest lama sangat antara set dan game yang anda buat, anda akan cepat lemau. Nak sentiasa rasa bertenaga, amalakan set-set yang berterusan seperti superset, giant set, dropset, dan lain-lain. Jangan bagi badan anda masa untuk berlengah-lengah. Kalau anda sentiasa bergerak, badan anda akan sentiasa berkerja dan ini boleh mengelakkan mengantuk. Masa workout pun jadi singkat!
Contoh latihan yang anda boleh buat adalah latihan yang menggabungkan 4-5 senaman dilakukan secara berterusan. Squat, deadlift, bench press, overhead press, dan pull up. Fizikal anda akan jadi penat, memang penat. Tapi anda mampu melakukannya kerana ada tak bagi masa untuk mental anda menjadi lesu.
@deegymsupplement #deefitness