30 Minit Senaman Gerenti Kaw-Kaw

Tak perlu lama-lama pun di gym untuk workout yang kaw-kaw. Apa yang anda perlukan ialah beberapa keping plate dan sebatang barbell.

Kalau kita bercakap tentang senaman durasi pendek tetapi kaw-kaw, mestilah kita bercakap tentang HIIT. Anda akan buat 7 stesen senaman secara berterusan. Usai 7 stesen ini, barulah anda berehat.

Stesen 1

Unilateral lunges

10kg

Buat sebelah-sebelah kaki. Setiap kaki adalah selama 20 saat.

Stesen 2

Squat

10kg

Lakukan squat dengan plate 10kg selama 20 saat.

Stesen 3

Abs twist

10kg

Buat abs twist selama 20 saat.

Stesen 4

Mountain climbers

Lakukan senaman ini selama 20 saat.

Stesen 5

Half burpees

Lakukan half burpees selama 20 saat.

Stesen 6

Upright row

10kg

Gunakan plate 10kg dan buat upright row selama 20 saat

Stesen 7

Overhead press

10kg

Gunakan bebanan yang sama untuk overhead press selama 20 saat.

Habis ketujuh-tujuh stesen ini, lakukan 5 rep deadlift menggunakan sebarang bebanan (digalakkan sederhana berat). Apabila anda habis deadlift, kiranya anda baru habis 1 set. Rehat 20 saat sebelum melakukan 5 set kesemuanya.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook