Jika anda bersenam secara konsisten, kemungkinan besar anda mahukan lebih lagi kesan daripada latihan anda. Jadi, anda mula mencari supplement yang terbaik untuk digunakan bagi memaksimumkan kenaikan otot. Supplement apa yang anda nak guna?
Kami nak bantu anda dengan memberikan beberapa senarai supplement yang paling penting untuk menaikkan otot dan sememangnya ia berkesan dalam membantu anda mencapai matlamat tersebut. Tetapi, kenapa anda nak besarkan otot? Adakah semata-mata untuk pakai baju nampak lawa sahaja?
Tidak, tuan-tuan dan puan-puan. Peningkatan jisim otot akan memberikan kita beberapa kebaikan yang jauh lebih penting daripada nampak sado. Pertama sekali adalah untuk kesihatan anda. Jika kita bersenam untuk sihat, anda kena pastikan juga yang pengambilan supplement anda bertujuan untuk menyihatkan, bukan secara extreme.
1- Creatine
Creatine adalah molekul yang diproses secara semulajadi dalam badan kita. Ia membekalkan tenaga untuk otot berfungsi pada intensiti tinggi. Pengambilan supplement protein boleh meningkatkan lagi penyimpanan creatine dalam badan kita, sekali gus membekalkan lebih banyak tenaga!
Antara supplement yang paling banyak dikaji ialah creatine. Kenapa banyak ahli sains mengkaji penggunaan creatine dan kesannya dalam prestasi sukan? Sebab, creatine sememangnya berkesan dan sangat berbaloi untuk digunakan.
2- Protein
Bekalkan badan anda dengan pengambilan protein yang mencukupi. Jika anda makan dah banyak, biasanya boleh cukup dah. Tetapi, anda kan nak lebih lagi dan maksimumkan kenaikan otot? Jadi, gunakan supplement protein yang berkualiti. Tak kisah nak guna whey atau mass, cari yang mana satu anda suka guna.
3- Beta-Alanine
Beta-alanine merupakan sejenis asid amino yang membantu untuk kurangkan keletihan otot dan meningkatkan prestasi latihan anda. Ada kajian yang menyatakan penggunaan beta-alanine membantu untuk meningkatkan jisim otot. Kebanyakan preworkout turut mempunyai beta-alanine, dan juga beberapa BCAA ada beta-alanine.
4- BCAA
BCAA mempunyai 3 rangkaian asid amino iaitu leucine, isoleucine, dan juga valine. Ia boleh didapati dalam sumber protein daripada kebanyakan haiwan seperti ayam, ikan, daging, dan produk tenusu. Pentingnya BCAA untuk membina otot adalah ia mewakili 14% daripada susunan asid amino dalam otot kita.
Ada kajian yang menyokong penggunaan BCAA, dan ada pula yang menyatakan jika pemakanan kita sudah mantap, maka penggunaan BCAA adalah tidak begitu penting. Tapi, itulah soalan yang patut kita tanya. Adakah diet kita 100% mantap?
Akhir Kata
Penggunaan supplement hanya akan membantu anda jika asas anda sudah kukuh. Maksudnya, pemakanan anda kena betul dan latihan anda mestilah mengikut program yang berkesan secara konsisten. Kalau anda tak ada dua ini, supplement tidak membantu banyak.