Ramadhan merupakan salah satu bulan yang dinanti-nantikan setiap Muslim kerana pada bulan ini, kita berpeluang untuk melakukan banyak ibadan dengan ganjaran yang besar. Saya pasti semua orang sudah tahu tentang ini.

Bagi peminat fitness, kebanyakan daripada kita berada dalam dilema, samada hendak workout ataupun tidak. Ya lah, jika sebelum ini kita boleh bersenam tanpa rasa risau lapar dan dahaga tetapi dalam bulan puasa pasti berbeza, bukan?

Sebenarnya, ramai sahaja yang teruskan bersenam semasa bulan puasa tanpa rasa sebarang kesulitan. Malah, ada yang menjadi semakin aktif di bulan puasa. Yang silapnya, ramai asyik tidur sahaja semasa berpuasa. Itu adalah konsep yang silap (katanya nak simpan tenaga supaya tak penat sangat).

Saya nak kongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk bersenam di bulan puasa ini:

1- Tegas dengan diri sendiri

Kalau anda tak tegas dengan diri sendiri untuk teruskan bersenam semasa bulan puasa, risaunya selepas raya nanti anda akan terus menerus jadi malas.

Workout memerlukan disiplin dan konsistensi. Semua orang boleh berdisiplin (untuk seminggu dua yang pertama), tetapi bolehkah anda kekal berdisiplin untuk minggu-minggu yang akan datang? Itulah konsistensi.

2- Kekalkan dengan makanan sihat

Berpuasa tak bermaksud anda boleh bersahur dan berbuka macam orang buat kenduri. Anda mungkin rasa seperti lapar sangat-sangat, jadi anda makan macam-macam makanan, yang sihat ataupun yang tidak.

Sedangkan, itu semua merupakan nafsu sahaja. Biasalah, kalau dah lapar tengok air kosong ais pun dah macam sirap bandung cincau.

Kuatkan diri dan kekalkan dengan memakan makanan seimbang dan yang diperlukan sahaja. Jangan makan sampai tak mampu nak tarawikh dah malam itu.

3- Bersenam sebelum berbuka

Nak workout pagi pun boleh, petang pun boleh, malam pun boleh. Tak ada masalah nak workout bila kerana itu semua bergantung kepada kebolehan badan.

Saya sendiri cadangkan anda untuk workout sebelum berbuka kerana sekurang-kurangnya, lapar dan dahaga anda semasa workout akan “dirawat” tak lama lagi semasa berbuka.

4- Buatlah apa jenis senaman pun

Sememangnya di bulan puasa, tahap tenaga kita tak sama. Mungkin kita tak boleh nak workout dengan intensiti yang sama tinggi seperti bulan-bulan yang lain. Jangan risau, janji anda workout, itu yang penting.

Nak buat apa, buatlah. Nak kayuh basikal, nak berlari setempat, nak berlatih boxing dengan bayang-bayang, buat apa yang anda akan rasa seronok. Mana tahu abang sado tiba-tiba minat aerobik?