Bodybuilder adalah pakar dalam menambah saiz pada badan mereka. Itulah kerja dan hobi mereka, mengangkat bebanan sehingga otot menjadi besar, makan sampai besar, dan tidur sampailah besar. Semua orang ada cara latihan yang tersendiri, tetapi asas bina badan tetap sama.
Kalau misi anda adalah untuk membesarkan badan, adalah perkara sia-sia kalau anda tidak mengikut lima cara ini;
1- Mengejar Pump Dengan High Reps
Bina badan tidak boleh berlatih sama macam powerlifter. Untuk menjadi kuat, anda kena fokus untuk mengangkat bebanan yang berat dalam julat repetisi yang sikit (dalam 1-5 rep). Bina badan memerlukan jumlah rap yang sederhana (6-12 rep) dan tinggi (lebih 12 rep).
2- Time-Under-Tension (TUT)
TUT bermaksud masa otot di bawah ketegangan semasa mengangkat bebanan. Anda pernah rasa otot anda seperti dibakar atas bara api semasa melakukan senaman yang banyak rep? Ini berlaku kerana TUT yang tinggi, menyebabkan peredaran darah yang banyak dan pengumpulan asid laktat yang tinggi. Sebab itu anda kena buat rep yang tinggi.
3- Repping Sampai Failure
Mengangkat bebanan sampai failure merupakan teknik yang digemari oleh bodybuilder serata dunia kerana ia betul-betul mencabar ketahanan otot mereka dan ini mampu menjana kenaikan saiz badan. Tetapi, gunakan bebanan yang terlalu ringan juga terbukti suboptimal untuk bina badan, begitu juga kalau anda buat sampai failure boleh bebanan yang terlalu berat. Guna yang sedang-sedang dan cuba capai failure pada rep yang ke 12-15.
4- Isolasi
Bodybuilder juga mementingkan senaman isolation itu selamanya menggerakkan satu sendiri sahaja. Walaupun begitu, mereka masih tidak tinggalkan senaman compound. Cuma fokus mereka adalah pada menggerakkan otot secara isolasi. Powerlifter pula fokus kepada kompaun seperti squat, bench press, dan deadlift. Mereka kurang melakukan senaman isolation.
5- Cara Bebanan Diangkat
Matlamat powerlifter adalah untuk menggerakkan bebanan dari titik A ke titik B. Mereka tidak fokus kepada mind-muscle connection (MMC). Walhal, bodybuilder sangat mementingkan MMC kerana ia akan membantu menjana lebih hipertrofi. Sebab itulah bodybuilder tidak menggunakan bebanan seberat tu powerlifter. cara angkatan bebanan juga sedikit berbeza bagi mendapatkan pengaktifan serat otot secara maksimum.
Entri: Aiman Radzi