5 Jenis Makanan Untuk Boost Tenaga

1. Sayuran Hijau

Kumpulan sayuran hijau seperti bayam, broccoli, sawi, dan macam-macam lagi adalah pilihan terbaik jika anda berhasrat untuk meningkatkan tenaga badan. Sasarkan 2-4 cawan sayur-sayuran setiap minggu. Lagi banyak, lagi bagus!

 

2. Buahan Citrus

Semua jenis buah-buahan bagus untuk memberikan tenaga, tetapi kenapa citrus mendapat tempat di hati? Sebabnya, ia ada komponen yang “menggerakkan” sistem-sistem badan. Ibarat loceng penggera, memakan buah citrus akan aktifkan badan anda untuk siap sedia berkerja!

 

3. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Dark chocolate berbeza dengan chocolate biasa anda makan atau belikan untuk awek-awek di luar sana. Pastikan anda cari yang rendah gula sahaja untuk elakkan daripada bulking tanpa sengaja. Tak perlu makan sepapan seorang diri, cukup beberapa kepingan kecil sahaja.

 

4. Kekacang

Perasan tak, dalam banyak-banyak protein bars, energy bars, mereka turut letakkan kekacang dalam ramuan mereka? Bukan sahaja untuk perisa, malah untuk mendapatkan benefit daripada kekacang tersebut. Kaya dengan vitamin dan lemak sihat, kekacang adalah snek terbaik untuk mengisi kalori anda.

 

5. Air

Paling penting sekali adalah, pastikan anda cukup air setiap hari kerana dehidrasi akan mengganggu hidup anda. Bukan sahaja workout, malah mutu dan kualiti pekerjaan harian akan merosot kerana kekurangan air. Cuba campurkan buah citrus ke dalam air untuk mendapatkan 2-in-1.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook