Saya workout 2 kali sehari, tidur yang cukup, kardio yang banyak, makan 6 kali sehari tapi masih masalah untuk lihat abs? Di mana salah saya? Artikel ini akan menyenaraikan 5 jenis makanan penghalang abs yang mungkin anda masih ambil semasa anda membina abs.

1. Aiskrim

Pertama sekali aiskrim adalah snek yang tinggi dengan kandungan gula yang boleh mendorong kepada penambahan berat dan kadar gula dalam darah serta diabetes. Bila keadaan ini berlaku, badan anda akan tinggi dengan insulin yang menyebabkan sukar untuk membakar lemak. Bagi secawan aiskrim, ia mengandungi 300 kalori dan itu agak tinggi untuk snek.

2. Popcorn

Popcorn bukan sahaja tidak baik untuk abs anda, namun ia juga tidak bagus untuk kesihatan anda. Popcorn mengandungi kimia yang bila dipanaskan boleh menyebabkan kanser. Di samping itu ia penuh dengan perasa dan MSG.

3. Biskut krim

Tidak kisah sebenarnya jenama biskut apapun, kerana biskut-biskut yang mengandungi krim ini biasanya mengandungi kalori yang tinggi. 6 biji biskut sahaja mengandungi lebih kurang 270 kalori. Dan jika sepeket anda habiskan, ia mencecah 700 kalori. Di samping itu,ianya terbukti tinggi dengan lemak dan gula.

4. Minuman ringan (berkarbonat)

Minuman ini anda perlu jauhkan sejauh-jauhnya. Secawan sahaja mengandungi lebih kurang 200 kalori ditambah dengan 48g gula iaitu bersamaan 12 sudu gula. Sedangkan anda hanya perlukan mungkin maksimum 6 sudu sahaja untuk gula, bayangkan anda boleh dapatkan dalam hanya secawan minuman. Namun sebenarnya, jus-jus dipasaran juga anda perlu jauhkan kerana kandungan gulanya yang juga tinggi.

5. Chips

Tidak kisahlah jenama apa pun, makanan ini dianggap bagus oleh sesetengah orang dengan alasan ianya hanya kentang. Namun sebenarnya anda masih perlu jauhkan jika anda mahu membakar lemak dalam abs anda. Ia amat tinggi dengan garam dan lemak yang dibakar pada suhu yang tinggi.