Anda pergi ke gym setiap hari dan menghabiskan masa berjam-jam di sana. Namun dalam masa yang sama anda tidak mendapati apa-apa perubahan walaupun sudah mencecah 2 bulan di gym. Sedangkan mengikut kebiasaan sebulan di gym adalah sudah memadai untuk mendapat peubahan pada badan anda.

Saya akan kongsikan mengapa perkara ini berlaku :

1. Anda tidak mempunyai matlamat

Anda datang ke gym seperti orang lain namun anda hanya terikut-ikut dan tiada arah tuju. Atau anda mungkin ada matlamat namun matlamat anda tidak jelas. Sepatutnya selepas anda menetapkan matlamat anda seperti mahu tambah berat, mahu bakar lemak, mahu jadi kuat atau apa-apa matlamat, anda harus menetapkan deadline masa. Ini supaya anda rasa tercabar ingin mencapai target pada masa yang anda tetapkan itu.

2. Teknik yang kurang betul

Ramai yang mementingkan berat ketika di gym. Berat bebanan memang penting dalam memberi tekanan kepada otot. Namun anda harus memandang berat pada teknik. Kerana badan kita sangat sensitif disamping itu tulang belakang kita peru dijaga supaya kecederaan dapat dielakkan.

Jadi mulakan dengan berat yang ringan dahulu untuk menguasai teknik sesuatu senaman.

3. Workout dengan berlebih-lebih.

Bagus jika anda pergi ke gym hari-hari, namun apabila anda terlampau mementingkan workout ia menjadi masalah pada badan. Seharusnya anda mengambil rehat sehari bagi proses membaik pulih otot-otot yang berkerja. Minum air yang banyak dan makan banyak sayur dan protein bagi menjaga kualiti badan dan otot anda.

4. Tidak tidur dengan cukup

Tidur merupakan kunci kepada hasil yang anda inginkan. Kerana pada masa tidurlah otot anda akan berehat dan proses baik pulih berlaku. Anda harus mendapatkan tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Kurangnya tidur akan menyebabkan badan anda akan naik berat dan susah untuk membesarkan otot.

5. Anda tidak lakukan senaman ini

Squat, deadlift , row dan bench press. Senaman ini wajib dilakukan jika anda ingin turun berat atau ingin tambah berat atau ingin besarkan otot. Hal ini kerana senaman ini memantapkan pergerakan dan kestabilan badan anda. Di samping ia mengenakan hampir keseluruhan tubuh anda. Jadi ia memang senaman yang wajib ada dalam plan workout masing-masing.

Entri Oleh: Fakhrul Islam