Anda pasti pernah mengalami masalah cedera semasa di gym. Dan anggota yang selalu dkaitkan dengan kecederaa adalah di bahagian pinggang, belakang, kaki dan bahu. Namun antara semua itu, bahu lah bahagian yang paling biasa dan terdedah kepada kecederaan kerana senaman tangan merupakan senaman favourite ramai. Artikel ini saya akan menyenaraikan senaman-senaman yang bukan sahaja mencederakan bahu anda malah akan membuatkan anda akan bercuti lama dari gym.

  1. Swinging Pull-Up

Senaman Pull-Up merupakan senaman terbaik, namun jika anda salah lakukan anda akan mengundang kepada kecederaan yang serius. Salah satu kesilapan yang biasa adalah dengan menghayun badan semasa melakukan senaman ini. Dengan cara menghayun anda akan letakkan tekanan yang tinggi pada pemutar bahu anda melainkan bahu anda betul-betul kuat dan stabil. Jadi elakkan senaman cara ini. Belajar cara Pull-up dengan betul.

2. Lateral Raises

Senaman yang menimbulkan otot bahagian tengah bahu anda adalah dengan lateral raises dumbell. Namun ada kesilapan yang ramai tidak menyedari iaitu ketika anda mengangkat bahu anda angkat dengan rendah bawah dari paras bahu. Sepatutnya, senaman ini perlu diangkat melebihi paras leher untuk mengurangkan tekanan dan pergerakan bahagian rotator bahu anda.

3. Dips

Dips tidak dinafikan senaman yang baik kerana mengenakan bahagian triceps, dada, belakang dan bahu. Dips biasa seperti yang selalu dilakukan dengan memegang bar di sisi dan menrunkan badan anda tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila anda melakukan bench dips atau dips di bangku bawah. Pada keadaan ini, bahu anda dalam keadaan lemah dan tegang, jadi ia terdedah kepada koyaknya tendon dan ligamen. Anda akan berasa pedih dan sakit jika melakukannya dengan kadar banyak. Jadi pastikan tangan anda di sisi badan anda bukan di belakang.