Senaman isolation ialah senaman yang memfokuskan kepada pergerakan 1 sendi sahaja. Berbeza dengan senaman kompaun, anda boleh memberi lebih tekanan pada otot dalam senaman isolation. Kebiasaannya, senaman isolation akan dibuat selepas senaman kompaun. Mari kita lihat 5 jenis senaman isolation yang penting untuk anda lakukan!
1- Biceps Curl
Yang ini adalah kegemaran semua dan hampir kesemua orang tahu cara untuk melakukannya. Ia melatih bahahian kegemaran semua oranh iaitu biceps. Anda boleh lakukannya dengan dumbbell, barbell, ataupun mesin.
2- Triceps Extension
Senaman ini boleh dilakukan dengan pelbagai variasi. Ada yang menolak ke atas, ada yang ke belakang, dan ada yang ke bawah. Yang penting ialah anda lakukannya secara perlahan dan luruskan tangan untuk merasa pengucupan otot sepenunya!
3- Chest Fly
Bina badan boleh dikatakan tidak lengkap kalau anda tak lakukan senaman ini! Sebabnya, ia adalah senaman paling digemari ahli bina badan untuk membina bahagian dada. Tak perlukan bebanan berat pun! Yang ringan pun dah rasa.
4- Hyperextension
Senaman untuk membina bahagian pokok krismas di belakang. Kalau anda tak tahu bahagian mana, tengok belakang otai bina badan di bahagian pinggang. Ada bentuk segi tiga seakan-akan pokok tirus. Nah, itulah pokok krismas dan inilah senaman untuk mendapatkan bahagian tersebut!
5- Leg Curls
Untuk kesihatan dan keseimbangan otot, bahagian hamstring haruslah kuat. Kerana apa? Ramai sangat yang kuat bahagian quadriceps sahaja, tetapi hamstring jauh ketinggalan. Oleh itu, leg curls adalah antara senaman isolation terbaik untuk kaki anda.
Galakkan pembinaan otot dengan menggunakan Stanabol X daripada jenama Superior14 untuk tujuan peningkatan otot maksimum!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)