Kalau kita tengok back badan yang dah jadi, meman betul-betul mantap sebab nampak macam ular Cobra, siap macam ada mata dua lagi! Anda yang nak buat back macam ini kenalah buat 5 senaman utama ini!
1- Oblique Twist
Walaupun entri berkaitan senaman untuk back, tetapi oblique yang mantap akan bergabung dengan back anda untuk membina satu ilusi bentuk “V” yang betul-betul padu! Oblique adalah otot di bahagian sisi abdomen anda.
2- Straight-Arm Pullover (SAPD)
SAPD adalah senaman isolation untuk back yang akan pump otot latissimus dorsi anda. Sesuai dilakukan samada menggunakan dumbbell, barbell, ataupun mesinnya sendiri. Tak perlu berat-berat, cukup sekadar nak rasa otot anda berapi.
3- Cable Row
Kalau anda buat cable row, tarik ke bahagian abdomen atau ke bawah untuk memberi fokus pada bahagian bawah latissimus dorsi. Ini akan menebalkan lagi back anda dan menjadikan back anda nampak betul-betul seperti ular Cobra!
4- Pullup
Senaman paling asas dalam pembinaan bentuk back “V” dan juga senaman asas untuk latihan bar. Kalau anda tak boleh buat pullup lagi, latih dahulu guna mesin assisted pullup ataupun mesin pulldown.
5- Deadlift
Akhir sekali, senaman paling asas untuk back, ataupun paling asas dalam bina badan, iaitu deadlift! Senaman kegemaran ramai, atau boleh jadi senaman paling dibenci selain daripada squat. Bencilah macam mana pun, anda kena mahir buat deadlift sebab ia adalah pergerakan harian kita.
Nakkan lagi banyak tips? Semuanya ada di Dee Gym Supplement!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)