Membina badan sebenarnya tidaklah begitu sukar.Tanyalah mana-mana abang sado yang berbadan sasa, kebanyakan mereka akan cakap benda yang sama atau berikan nasihat yang serupa sahaja.
Kenapa?
Sebab, dalam dunia ini sebenarnya tiada rahsia besar.Tidak ada cara latihan yang bagi otot anda besar dalam sehari, tak ada juga pil-pil ajaib untuk kurus mahupun bina saiz. Semuanya terletak pada usaha dalam latihan, pemakanan, dan juga rehat yang mencukupi.
Oleh itu, jom kit alihat beberapa tip yang sering dilupakan, samada oleh orang yang baru mula, atau pun mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia bina badan.
Gunakan Fasa Deload Dalam Latihan
Deload, ataupun bahasa mudah, untuk beri badan anda rehat, teramatlah penting untuk memastikan anda terus menjadi kuat dan sentiasa membina otot serta menjadi semakin besar. Silap orang ramai adalah menghentam badan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, main berat-berat tanpa henti.Badan anda pun mulalali dengan rangsangan latihan, sebab itu juga anda semakin susah untuk mendapatkan sebarang progression daripada latihan anda.
Selang Seli Dengan Latihan Ringan Dan Berat
Kalau anda biasa main ringan sahaja, anda kena juga main berat.Sama kalau anda selalu main berat, tambah kan latihan ringan kedalam rutin latihan anda. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat sepenuh manfaat daripada latihan. Otot anda ada berbagai-bagai jenis. Ada yang digunakan semasa latihan berat, dan ada semasa latihan ringan.Dengan menggunakan kedua-dua jenis berat, anda melatih kesemua jenis otot dalam badan anda.
BuatLatihan Unilateral
Unilateral bermaksud latihan yang dilakukan pada bahagian sebelah badan.Sebagai contoh, single-legged leg press, lunges, one-arm dumbbell row, one-arm dumbbell press, dan lain-lain. Senang kata, apa-apa sahaja jenis senaman yang andabuat berselang-seli antara belah kanan dan belah kiri.Ini akan; menguatkan otot teras, meningkatkan kekuatan, dan mengimbangkan tumbesaran otot.
GunakanMasaRehat Yang Betul
Kalau anda masih bermain telefon semasa latihan, terlalu mudah untuk anda leka dengan masa rehat. Yang sepatutnya anda rehat 60 saat, anda ambil sampai 300 saat berehat. Yang kena fokus untuk rehat dalam 300 saat pula, anda lajak sampai 600 saat. Ini akan mengganggu masa latihan anda. Sekarang, anda kena pastikan latihan anda adalah time-efficient dan juga berintensiti tinggi.Masa untuk main telefon adalah di rumah, bukan di gym!
KuatkanOtot Core Anda
Ramai tak sedar core mereka sangat lemah.Macam mana nak tahu?
Tengok pada senaman squat dan deadlift. Kalau mereka tak mampu angkat 2x ganda berat badan dengan form yang cantik, core mereka tidak kuat. Malah, mereka lebih kuat dalam senaman bench press berbanding dua senaman ini! Itu adalah petanda besar yang mungkin sekali core mereka bermasalah. Apabila anda tidak menguatkan core, mulalah anda bergantung pada tali pinggang. Semua ini boleh mendorong kepada kecederaan semasa latihan. Kekuatan core adalah penting untuk keselamatan dan kesihatan harian.