Saya tahu bahawa masalah diet yang paling utama adalah pada pemakanan. susah benar nak jaga pemakanan yang betul? Lebih-lebih lagi kita di malaysia yang terkenal dengan keunikan makanan. Untuk hari ini, saya akan kongsikan tips hebat supaya anda berdiet dalam keadaan anda terlupa tentang rasa lapar anda.

  1. Sebelum makan, buat apa-apa aktiviti fizikal 15 minit sebelum.

Ini akan membuatkan rasa lapar anda tidak memuncak dan menjauhkan anda dari mengambil makanan yang tidak dirancang.

2. Minum Protein Shake sebelum makan.

Minum protein 15 minit sebelum makan adalah langkah bijak untuk anda mengurangkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Anda tidak perlu risau kerana protein sangat susah untuk menukarnya menjadi lemak.

3. Jangan ambil carbs pada hari anda tidak workout.

Tidak ambil karbohidrat semasa hari anda tidak melakukan latihan adalah langkah yang hebat kerana anda boleh menjauhkan penghasilan lemak tanpa perlu memikirkannya. Namun, jika hari anda workout, terserah untuk anda ambil carbs, namun perlu berjaga agar tidak melebihi kalori harian anda.

4. Jangan lakukan apa-apa aktiviti semasa anda makan.

Saya pasti anda semua pernah melihat movie di wayang? cuba anda perhatikan biasanya semasa menonton movie anda akan menikmatinya bersama popcorn. dan secara tidak sedar popcorn anda sudah habis walhal movie belum tamat. Jadi ini konsep yang saya ingin bawakan bahawa jika anda melakukan sesuatu makan anda telah merembeskan hormon dopamin sekaligus dari otak anda. anda akan rasa enjoy dan anda akan rasa ingin dan ingin lagi. Jadi cuba elakkan.

5. Biasakan makan dengan seseorang.

Anda yang selalu overeat, anda kena biasakan makan bersama dengan orang lain, sama ada kawan, atau saudara, atau rakan sekerja. Ini kerana anda pasti akan rasa teragak untuk makan banyak di depa kawan kerana risau dia melihat perangai sebenar anda. Selaini itu, manfaat makan bersama seseorang adalah anda ada teman berbual. dan ini akan mengurangkan tumpuan anda untuk makan dan menambah makanan. Ini kerana bila anda berbual anda akan rasa teruja bila beerkongsi sesuatu yang baru.

Entri Oleh: Fakhrul Islam