Buat Cuban Press Untuk Cabaran Shoulder Baru

cuban press

Mahukan kelainan dalam senaman bahu anda? Cuba buat senaman ini bagi menambahkan lagi tekanan metabolik dan merangsang hypertrophy otot. Apakah senaman yang dimaksudkan? Apa kata anda cuba CUBAN PRESS!

 

Senaman CUBAN PRESS memerlukan tambahan komponen internal dan external rotation. Anda akan pusingkan tangan, lantas mengaktifkan lagi banyak otot daripada pressing biasa.

 

Cara perlaksanaannya hampir sama seperti pressing, tetapi anda mula dengan dumbbell di sisi. Kemudian tarik ke atas dengan cara upright row. Selepas itu, pusingkan dumbbell ke atas (masuk ke posisi permulaan pressing) dan press ke atas.

 

Turunkan dengan menterbalikkan pergerakan yang tadi. Senaman ini sangat sesuai dilakukan dengan beban ringan-sederhana untuk 8-12 rep sahaja sebanyak 3-4 set.

 

Entri Oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook