Kalau anda tak amalkan barbell row, mungkin selepas ini, semua itu akan berubah! Barbell row ialah senaman yang efektif dalam bina badan. Anda tak buat, anda yang rugi sebab bayar gym mahal-mahal tapi tak buat.

1- Rowing Membina Ketebalan

Otot back kita ada banyak, salah satunya ialah otot latissimus dorsi (kita nampak macam kepak). Otot ini berfungsi shoulder extension samada menegak (vertical) ataupun mendatar (horizontal). Maksimumkan hypertrophy dengan melakukan kedua-duanya.

2- Rowing Melatih Pergerakan Pinggul

Ramai yang tak reti nak menggerakkan pinggul mereka. Kami sebut pergerakan ini sebagai pelvic tilt. Kalau anda boleh lakukan pelbic tilt, maksudnya anda dapat kawal otot pinggul dan tulang belakang anda bergerak dengan tenang. Rowing mengajar anda untuk kekal gerakkan pinggul.

3- Rowing Membina Deadlift

Deadlift juga memerlukan pergerakan pinggul yang bebas. Bukan itu sahaja, anda kena tahan posisi pinggul tersebut sepanjang pergerakan deadlift. Akan tetapi, ramai boleh berada dalam posisi betul, tapi tak mampu tahan. Ubatnya? Barbell rowing.

4- Rowing Menguatkan Abs

Kalau anda tak rasa abs anda berkerja semasa rowing, anda tak buat dengan betul. Walhal, rowing sangat memerlukan kontraksi otot perut untuk menahan posisi yang betul bagi mendapatkan teknik terbaik.

5- Rowing Membina Biceps

Salah satu overload compound yang anda boleh buat untuk biceps ialah pulling dengan variasi supinated (tapak tangan menghala ke arah anda). Pulling seperti rowing secara supinated/underhand akan mengaktifkan otot biceps dengan lebih banyak. Ingat, kunci kepada kenaikan otot ialah overload!

6- Rowing Buat Anda Nampak Power

Kenapa ramai tak buat rowing? Kenapa anda kena buat rowing? Mereka tak mahukan kelebihan-kelebihan anda, takkan anda juga nak lakukan kesilapan yang sama? Apabila anda boleh buat rowing berat dengan teknik betul, anda memang power!

Entri: Aiman Radzi