Ramai duduk berjam-jam di gym, dengan hasrat untuk memaksimumkan kenaikan otot dan kekuatan badan. Itu adalah perkara biasa. Malangnya, mereka tak berikan usaha yang sama kuat untuk pemakanan mereka sedangkan itu yang paling penting.
Tahukah anda, tak kira berapa jam anda pergi gym, berapa banyak senaman anda buat hari-hari… jika pemakanan anda tidak terjaga maka tiada hasil akan diperoleh daripada penat lelah anda.
Dengan memakan makanan yang betul, anda akan memberikan peluang kepada badan anda untuk menjana pembinaan otot dengan baik. Kenapa pemakanan begitu penting sekali? Sebab, itulah sumber badan anda gunakan untuk memperbaiki otot-otot yang rosak semasa melakukan aktiviti berintensiti tinggi.
Bukan semua orang ada masa untuk makan hampir seekor ayam sehari. Mungkin bukan sebab tak ada selera, tapi lebih kepada tak ada masa untuk sediakan makanan-makanan anda. Di sinilah anda patut gunakan supplement bina badan.
Sebelum anda mula pergi ke kedai dan membeli supplement, tanya dahulu diri anda beberapa soalan ini:
1- Adakah saya perlu serbuk protein?
Kalau anda dah ikuti program senaman yang baik secara konsisten, besar kemungkinan anda memang perlu gunakan supplement protein untuk mencukupkan keperluan anda. Gunakan whey protein bagi mencukupkan pemakanan anda, bukan berharap semata-mata pada supplement untuk mendapatkan bekalan protein harian anda.
2- Bagaimana cara guna protein?
Anda boleh minum protein yang anda beli dengan cara yang paling mudah sekali iaitu bancuh sahaja dengan air sejuk. Jika anda nak lebih sedap, campur dengan susu seperti susu lemak penuh (yang dalam kotak dijual di pasaraya tue…).
3- Berapa banyak protein saya kena ambil?
1 hidangan supplement protein biasanya terdapat 22-25g protein. Inilah kebiasaan kandungan protein yang ada dalam 1 hidangan rata-rata jenama protein bertaraf global. Jadi, berapa skop nak ambil sehari? Kami cadangkan 2 skop sehari untuk pastikan anda betul-betul dapatkan jumlah yang cukup.
4- Bila nak minum protein?
Masa yang terbaik untuk minum protein adalah selepas anda habis senaman, minum bersama sedikit makanan. Tetapi, jika anda tak sempat minum masa itu pun tidak mengapa kerana yang penting adalah anda minum setiap hari.
Jangan risau, otot anda masih akan terbina meskipun anda terlupa nak minum selepas workout. Ingat, yang penting ialah protein cukup.
5- Apa yang ada dalam protein?
Sesetengah whey protein mempunyai formula tersendiri yang menjadikan mereka lebih baik daripada protein yang lain. Ada sesetengah protein mempunyai creatine siap di dalamnya. Ada pula yang ada l-carnitine dan beberapa enzim lain. Tetapi, kalau tak ada bahan tambahan ini pun tak apa, yang penting adalah protein itu sendiri.
6- Kenapa ada protein yang mahal?
Sebab kualiti, tuan-tuan dan puan-puan. Kenapa ada kereta murah dan kereta mahal? Dua-dua boleh sampai ke destinasi, tapi jenama dan prestasi pasti berbeza. Ford Mustang GT40 pasti boleh pergi lebih laju berbanding Perodua Bezza, bukan?