6 Tip Untuk Membina Biceps

 Aiman Radzi - 6 Tip Untuk Membina Biceps

1. Mula Dengan Standing Barbell Curl

Pada permulaan latihan biceps, ambil barbell kosong dan buat biceps curl menggunakan barbell tersebut. Jangan ingat barbell kosong ringan! Fokus pada pergerakan dan pengucupan otot. Buat dua set warmup dengan barbell kosong dan tambahkan sikit beban untuk dua set lagi.

 

2. Gunakan Superset Dan Dropset

Kalau anda nak cepat, amalkan superset yang menggabungkan senaman biceps dan triceps. Untuk berikan lebih rangsangan hypertrophy, buat dropset daripada berat ke ringan. Cuma, pastikan form anda betul untuk mendapatkan kesan maksimum.

 

3. Buat Cheat Curls

Cheat curls maksudnya anda menghayun bebanan semasa buat biceps curl tetapi hayunan ini terkawal. Mula-mula, buat dahulu dengan teknik yang betul. Apabila di hujung-hujung set (dalam 8-10 rep) dan berasa penat, anda boleh hayun dengan kawalan lagi 4-5 rep. Ini untuk memaksa biceps anda berkerja lebih masa.

 

4. Sentiasa Fokus Pada Pergerakan

Ramai main biceps secara sambil lewa. Maksudnya, mereka hanya mengangkat bebanan. Tiada fokus pada pergerakan otot tersebut. Anda kena bayangkan dan feel otot biceps anda berkerja. Maksud bayangkan di situ adalah seperti melihat tangan anda dan “nampak” gentian otot biceps menguncup. Kenapa perlu sampai begini? Ia adalah untuk mengaktifkan secara penuh semua gentian otot anda.

 

5. Jangan Guna Terlalu Berat

Memang anda boleh jadi super kuat apabila guna yang terlalu berat, tetapi ia berbahaya kepada anda. Risikonya adalah muscle tear (otot anda terkoyak). Pemulihannya sangat lama dan boleh mengganggu latihan anda. Sebaliknya, mahirkan dahulu teknik dan fokus sebelum menggunakan bebanan yang berat-berat.

 

6. Anda Kena Suka Biceps

Tip paling utama dan paling mudah untuk membina otot pada mana-mana bahagian adalah, anda kena suka membina otot pada bahagian itu. Anda kena suka dengan latihannya, anda kena suka dengan keperitannya, dengan keletihannya, semua sekalilah! Jangan buat ala kadar sahaja. Perasaan suka itu amat penting dalam dunia bina badan.

Komen Facebook